Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin baru denggi diuji di Singapura

Jun 20, 2016 | 11:38 AM



PESAKIT Singapura akan memainkan peranan penting dalam menguji satu vaksin denggi baru, yang gergasi farmaseutikal Takeda berharap akan menghentikan penyakit bawaan nyamuk itu, yang menjadi wabak di sini dan banyak negara lain di seluruh dunia.



Firma Jepun itu sedang menjalankan ujian vaksin tersebut di dua hospital awam di sini, dan merekrut 400 orang - mereka yang telah dan belum dijangkiti. Setakat ini, sekurang-kurangnya 300 peserta telah mendaftar.



Melalui ujian dua fasa itu - yang meneliti keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut - Takeda berharap dapat melihat apakah jumlah antibodi yang dihasilkan seseorang terhadap denggi berbeza jika dia diberi dos tinggi vaksin tersebut, berbanding dos biasa.



Ujian sedang dijalankan di Hospital Besar Singapura dan Hospital Besar Changi. Peserta, berumur antara 21 dan 45 tahun, akan diberi satu suntikan sahaja dan diminta merekod gejala berpotensi ada kaitan dengan vaksin itu. Mereka akan disusuli selama setahun selepas menerima dos tersebut.



Antara beberapa vaksin denggi yang sedang dikaji, Takeda berada di depan sekali.



Satu-satunya vaksin denggi sedia ada dihasilkan oleh firma Perancis, Sanofi-Pasteur, dan dilancarkan akhir tahun lalu (2015). Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menilai potensi keberkesanannya di Singapura, dan menjangka membuat keputusannya dalam tahun ini.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air waktu itu, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pada 2014 bahawa vaksin Sanofi "tidak cukup baik" bagi Singapura kerana ia memberi perlindungan terbaik terhadap dua jenis virus denggi yang kurang berlaku di sini.



Lebih 8,000 kes denggi dan lima kematian akibat penyakit itu dilaporkan di sini sejak awal tahun ini. Bagaimanapun, bilangan kes baru telah berkurangan.



Pihak berkuasa Singapura juga sedang menilai potensi kesan melepaskan nyamuk Aedes aegypti jantan yang membawa bakteria Wolbachia. Apabila nyamuk itu mengawan dengan nyamuk betina liar, mereka menghasilkan telur yang tidak menetas.



Jurucakap Takeda berkata dalam ujian sedia ada, vaksinnya menyebabkan tindak balas kebal terhadap semua empat jenis denggi selepas satu atau dua dos, tanpa kebimbangan keselamatan diperhatikan dalam pelbagai peringkat umur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >