Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin beri harapan, tingkat rasa optimis, tapi tetap jaga jarak: Presiden Halimah

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



DENGAN adanya vaksin bagi mengatasi Covid-19, kini wujud harapan dan sikap optimis lebih besar di Singapura, kata Presiden Halimah Yacob dalam ucapan Tahun Baru Cinanya semalam.



Tetapi beliau mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan jarak selamat dalam musim perayaan ini, dan menggalak penduduk agar mendapatkan vaksin.



Puan Halimah berkata mempunyai vaksin hanya sebahagian daripada huraian bagi pandemik ini.



"Apa yang turut penting ialah memastikan semua orang divaksin. Responsnya menggalakkan tetapi kita boleh melakukan lebih baik. Jadi, sila dapatkan vaksin untuk melindungi diri anda dan orang yang disayangi.



"Pada masa sama, kita perlu terus mengamalkan jarak selamat kerana akan mengambil sedikit masa untuk kita membangunkan keimunan.



"Lebih cepat kita menyelesaikan krisis kesihatan ini, lebih cepat kita akan pulih secara ekonomi. Semua orang mempunyai peranan untuk dimainkan," katanya dalam ucapan menyambut Tahun Kerbau itu yang turut disiarkan di Facebook.



Puan Halimah menambah yang beliau faham betapa sukarnya untuk meraikan Tahun Baru Cina tahun ini, dengan pelbagai sekatan disebabkan oleh Covid-19 yang perlu dipatuhi.



Bagaimanapun beliau berharap mereka yang menyambutnya akan tetap dapat meluangkan masa bermakna dengan orang-orang yang disayangi.



Menurutnya, antara tradisi Cina yang beliau suka ialah makan malam bersama atau 'reunion dinner', yang biasanya diadakan pada malam Tahun Baru.



"Ia dalah peluang yang baik untuk bermaafan, memperbaiki hubungan dan meraikan sebagai sebuah keluarga.



"Ia mengingatkan kita tentang perkara yang benar-benar penting dalam kehidupan, bukan kerumitan pekerjaan harian dan tugas biasa menguruskan pelbagai keperluan, tetapi bahawa kita semua adalah sebahagian daripada sesuatu yang indah yang disebut keluarga," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >