Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin bivalen Pfizer bagi 12 tahun ke atas mulai 12 Dis

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan melaksanakan vaksinasi Pfizer-BioNTech/Comirnaty Covid-19 bagi mereka yang berusia 12 tahun ke atas mulai 12 Disember ini.



Ia akan dilakukan di kesemua lokasi vaksinasi Pfizer-BioNTech/Comirnaty.



Ini menyusuli saranan Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 (EC19V) untuk beralih kepada vaksin bivalen Pfizer-BioNTech/Comirnaty daripada vaksin monovalen.



Dalam satu kenyataannya semalam, MOH berkata vaksin ini diberi bagi siri vaksinasi asas dan penggalak bagi mereka yang berusia 12 tahun ke atas.



Vaksin Moderna/Spikevax bivalen terus disediakan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.



Sebelum ini, semua golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas disaran mengemas kini vaksinasi Covid-19 mereka.



Dengan lanjutan vaksin bivalen Pfizer-BioNTech/Comirnaty Covid-19 bagi mereka yang berusia 12 tahun ke atas, golongan yang berusia 12 hingga 17 tahun patut menerima sama dos vaksin bivalen tambahan sekitar lima bulan selepas dos penggalak terakhir mereka.



MOH telah menerima saranan EC19V bahawa vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty boleh digunakan bagi siri vaksinasi asas untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun, sebagai alternatif kepada vaksin Moderna/Spikevax untuk kumpulan usia ini.



"Perlindungan ini yang diberikan hasil daripada kadar vaksinasi tinggi kami telah membenarkan kami untuk kekalkan jumlah kes teruk dan kematian kepada angka lebih rendah berbanding banyak negara lain.



"Sedang variasi Covid-19 yang baru timbul, kami gesa mereka yang layak untuk mengambil vaksin bivalen ini sebagai dos vaksin tambahan, bagi memastikan mereka terus mempunyai perlindungan baik terhadap Covid-19," kata MOH.



Dalam catatannya semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata mereka yang layak akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membuat temu janji.



"Sekiranya anda sudah mempunyai temu janji bagi versi monovalen, anda boleh pilih menukar jadual kepada satu tarikh - pada atau selepas 12 Disember - untuk terima versi bivalen yang dikemas kini," katanya.



Encik Ong turut menambah bahawa vaksin Moderna/Spikevax bivalen masih terus disediakan bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas.



"Menurut EC19V, kededua vaksin bivalen Moderna dan Pfizer meluaskan perlindungan terhadap varian Omicron," katanya lagi.



Untuk memudahkan warga senja mendapat vaksinasi dan penggalak, pasukan vaksinasi bergerak (MVT) akan dikerah ke beberapa lokasi estet kejiranan mulai 12 Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >