Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak tiba di SG hari ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak tiba di SG hari ini

Dec 22, 2021 | 05:30 AM

 BEKALAN dos vaksin Covid-19 Pfizer-Bio- NTech/Comirnaty bagi kanak-kanak dijangka tiba di sini hari ini.

Dos pediatrik itu, yang dalam perjalanan dari Eropah, akan membolehkan Singapura memulakan program vaksinasi bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun hujung bulan ini, sebagaimana dijadualkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataannya semalam.

MOH berkata vaksin pediatrik Covid-19 Pfizer- -BioNTech/Comirnaty telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk digunakan bagi kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut.

Jawatankuasa pakar bagi vaksinasi Covid-19 di Singapura juga telah memberi saranannya supaya ia digunakan bagi kanak-kanak berusia lebih muda ini.

Menulis di Facebook semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata dos pediatrik itu dalam perjalanan dari Jerman ke sini.
''Vaksinasi adalah kunci untuk melindungi kededuanya, orang muda dan tua, dengan lebih banyak kes varian Omicron dikenal pasti di sini dan di dunia,'' kata Encik Ong.

MOH sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) bagi program vaksinasi kanak-kanak di sini, yang bermula Isnin depan.

Pendaftaran bagi mendapatkan vaksinasi itu akan dijalankan secara berperingkat, mulai hari ini.

Sebanyak 15 pusat vaksinasi akan ditubuhkan di serata negara dan akan mula beroperasi secara bertahap mulai Isnin.

Vaksinasi dan dos penggalak menawarkan perlindungan terbaik terhadap Covid-19, kata MOH.

''Pelanjutan vaksinasi kepada kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun akan memperkukuh daya tahan bersama kita terhadap keadaan Covid-19 yang sedang berubah dan kami menggalak semua orang yang layak mendapatkan vaksinasi apabila ia ditawarkan kepada mereka.''

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3