Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Covid-19 Novavax mohon dibenar diguna di S'pura

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



SATU vaksin Covid-19 baru mungkin boleh didapati di Singapura, dengan firma Amerika Syarikat Novavax memohon kebenaran sementara daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Mengesahkan permohonan tersebut, pihak berkuasa itu memberitahu The Straits Times (ST) bahawa Novavax sudah menyerahkan data dalam permohonannya melalui Laluan Akses Khas Pandemik pada 22 November.



"HSA sudah memulakan semakan data secara teliti bagi memastikan vaksin itu memenuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan untuk diberikan kebenaran sementara sebelum ia dilulus untuk digunakan di Singapura," kata jurucakap HSA.



Beliau menambah bahawa masa yang diambil untuk semakan itu antara beberapa minggu dengan berbulan, bergantung kepada kesempurnaan data yang diserahkan dan masa yang diambil oleh firma itu untuk menjawab pertanyaan HSA yang mungkin timbul semasa penilaian kawal selia.



Menurut firma bioteknologi Amerika itu, data percubaan klinikal dikumpulkan daripada dua percubaan fasa tiga yang menunjukkan vaksin bukan mRNA tersebut mempunyai kadar keberkesanan sekitar 90 peratus terhadap pelbagai varian virus.



Vaksin itu akan diberikan dalam dua dos 0.5 ml dan pada jurang tempoh 21 hari.



Percubaan untuk vaksin yang melibatkan 30,000 peserta dari Amerika dan Mexico menunjukkan perlindungan 100 peratus terhadap penyakit sederhana dan teruk, dan kadar keberkesanan sebanyak 90.4 peratus.



Serupa dengan itu, satu percubaan melibatkan 15,000 peserta di Britain menunjukkan kadar keberkesanan sebanyak 96.4 peratus terhadap strain virus asal, 86.3 peratus terhadap varian Alpha (B.1.1.7) dan kadar keberkesanan 89.7 peratus secara keseluruhannya, kata firma itu.



Menjawab pertanyaan ST, Novavax berkata bahawa ia bersedia memulakan penghantaran dos vaksinnya sebaik sahaja ia menerima "keizinan kawal selia dan selesai memenuhi sebarang keperluan pelepasan oleh pihak berkuasa".



Singapura telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan firma itu pada Januari tahun ini untuk mendapatkan bekalan vaksinnya.



Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata pada Jun lalu bahawa Kementerian Kesihatan telah mencari vaksin bermutu baik yang selamat dan berkesan, untuk menjadi sebahagian daripada program vaksinasi negara.



Memandangkan Novavax ialah vaksin berasaskan protein, ia menggunakan protein spike Sars-CoV-2 versi buatan makmal untuk merangsang tindak balas imun. Sars-CoV-2 adalah virus yang menyebabkan Covid-19.



Bekalan vaksin Novavax akan menjadikannya vaksin kelima yang boleh didapati di sini - selain Pfizer-BioNTech/Comirnaty, Moderna, Sinovac dan Sinopharm.



Sinopharm tidak disertakan dalam program vaksinasi negara kerana pengeluarnya, sehingga 23 Oktober, belum memohon kelulusan sementara untuk digunakan.



Ditanya mengenai potensi menggunakan vaksinnya sebagai vaksin penggalak atau 'booster', jurucakap Novavax berkata pemfailan permohonan firma itu setakat ini adalah untuk vaksin itu digunakan dalam rejim dua dos pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >