Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech selamat, berkesan buat individu 12-15 tahun, kata jawatankuasa pakar sebagai respons surat terbuka beberapa doktor

May 21, 2021 | 10:53 PM



VAKSIN Pfizer-BioNTech selamat dan berkesan bagi kanak-kanak berusia antara 12 hingga 15 tahun, kata Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 pada Jumaat malam (21 Mei) sebagai respons kepada surat terbuka yang ditulis beberapa doktor yang kemudian ditarik balik.



"Vaksin Pfizer-BioNTech buat masa ini adalah satu-satunya vaksin Covid-19 di mana-mana dalam dunia yang telah diluluskan penggunaannya bagi remaja antara usia 12 hingga 15 tahun...



"Profil keselamatan vaksin ini juga konsisten dengan profil keselamatan yang diketahui dalam kalangan penduduk dewasa dengan piawaian yang ditetapkan bagi vaksin berdaftar lain yang digunakan dalam pengimunan menentang penyakit lain," kata jawatankuasa itu.



Pada Khamis malam, 12 doktor memuatnaikkan surat terbuka yang meminta agar kanak-kanak diberi vaksin Covid-19 tradisional dan bukannya yang memanfaatkan teknologi mRNA.



Buat masa ini, Singapura menggunakan dua vaksin - Pfizer-BioNTech dan Moderna. Kedua-duanya menggunakan teknologi mRNA yang mampu mendapatkan sel agar menghasilkan cebisan protein pada permukaan yang akan menggerakkan respons imun.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) masih mengkaji vaksin Sinovac yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah tradisional di mana virus yang sudah dibunuh digunakan. Tubuh manusia mengenal pasti perkara ini dan memberi respons imun.



Seramai 11 daripada 12 doktor yang menarik balik surat itu dengan menyatakan "sesetengah pandangan kami mungkin disalah anggap orang biasa. Lantas, kami akan memikirkannya di dalam forum lebih profesional dan privet".



Surat terbuka itu disertakan dalam forum HardwareZone dan juga wujud dalam sekurang-kurangnya satu sembang Telegram berkenaan vaksinasi. Penarikan balik surat itu di dalam beberapa ruang sembang disahkan penulis surat berkenaan, Dr Paul Yang.



Dr Yang, doktor umum, memberitahu akhbar The Straits Times: "Surat itu dimuatnaikkan pada peringkat pramatang. Ia adalah surat nasihat kepada kumpulan ibu bapa dalam gereja yang saya kunjungi. Isu teknikal sayangnya terlalu rumit tetapi tepat secara fakta."



Surat terbuka itu ditujukan kepada "semua ibu bapa yang memikirkan sama ada ingin membenarkan anak mereka menjalani vaksinasi atau tidak" menimbulkan keprihatinan dalam kalangan sesetengah ibu bapa anak-anak kecil khususnya kerana dua doktor yang menandatanganinya juga memberi tanda tangan mereka kepada surat terbuka pada Februari tahun lalu, meminta orang ramai menggunakan pelitup apabila mereka keluar - sekitar dua bulan sebelum penggunaan pelitup menjadi sesuatu yang wajib di sini.



Dalam jawapannya pada Jumaat, Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 berkata ia telah mengusulkan agar vaksin Pfizer digunakan dalam kalangan mereka yang berusia antara 12 dengan 15 tahun menyusuli pengesahan HSA.



"Penilaian kami kekal menyatakan vaksin Pfizer-BioNTech selamat dan berkesan bagi kumpulan usia tersebut. Buat masa ini tiada bukti yang boleh dipercayai bahawa vaksin virus yang tidak diaktifkan menunjukkan keberkesanan vaksin yang tinggi serta profil selamat buat kumpulan usia sebegini," katanya.



Kenyataan itu menambah jawatankuasa ini akur akan kandungan surat terbuka itu dengan 11 daripada 12 doktor yang terlibat telah menarik balik kenyataan mereka.



Menurut jawatankuasa itu, penduduk Singapura, termasuk belia terus kekal berisiko mendapat jangkitan ini dengan jangkitan yang mampu menyerang kontak rapat mereka.



"Ini dapat dilihat dalam kes dan penularan wabak terkini melibatkan kanak-kanak sekolah yang dijangkiti dengan Covid-19 dan menjangkiti anggota keluarga dan rakan sekolah mereka," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >