Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Covid-19: SG percepat, perluas usaha suntik warga

Lebih banyak bekalan sudah tiba, kelompok berisiko tinggi, pekerja khidmat penting diutama
Mar 09, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM pemvaksinan Covid-19 di Singapura telah dipercepat bagi semua warga emas dan bakal diperluas kepada kelompok berisiko tinggi lain dan pekerja khidmat penting termasuk guru, posmen dan pekerja asing.



Hal ini demikian kerana lebih banyak bekalan vaksin sudah tiba di sini, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Hingga kelmarin, lebih 596,000 dos vaksin telah disuntikkan.



Secara keseluruhannya, sekitar 379,000 individu di Singapura sudah menerima dos pertama. Daripada jumlah tersebut, 217,000 individu juga sudah menerima dos kedua.



Awal sebelum ini, pihak MOH mengumumkan bahawa warga emas berusia antara 60 dengan 69 tahun akan menerima dos pertama menjelang hujung bulan ini.



Namun, disebabkan bekalan vaksin sudah bertambah, MOH mampu mempercepat rancangan pemvaksinan.



Warga emas dalam lingkungan usia tersebut akan menerima surat bagi mendapatkan vaksin selang beberapa hari ini.



Setiap surat akan memaparkan pautan laman yang boleh dilayari untuk mendaftarkan nama.



Setelah itu, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan pendaftaran khusus akan dikirimkan ke telefon bimbit warga untuk memilih tarikh janji temu.



Warga emas juga boleh memilih tarikh janji temu pemvaksinan di sebarang kelab masyarakat (CC).



Sehubungan itu, lebih 55,000 warga emas berusia 70 tahun dan ke atas pula sudah menerima dos pertama vaksin sejak 22 Februari lalu.



Lagi 96,000 warga dalam lingkungan usia itu pula sudah menetapkan janji temu mendapatkan dos pertama dalam tempoh beberapa minggu ini.



Surat bagi semua individu dalam golongan tersebut sudah dikirimkan.



Dalam pada itu, MOH berkata rancangan pemvaksinan akan diperluas kepada kelompok berisiko tinggi lain dan pekerja khidmat penting, termasuk yang dianggap boleh menjejas kelompok berisiko dan masyarakat secara amnya kalau dijangkiti.



Sebelum ini, MOH bersama agensi pemerintah dan badan berkanun menawarkan pemvaksinan secara bertahap kepada kakitangan khidmat penting seperti pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), kakitangan keperluan asas seperti air, elektrik dan telekomunikasi, dan pekerja menguruskan bekalan makanan serta keperluan rumah.



Usaha pemvaksinan juga akan diperluas kepada pekerja yang berdepan dengan ramai anggota masyarakat seperti pekerja pusat penjaja makanan dan pasar serta pekerja penghantaran makanan.



Selain itu, golongan pendidik dan kakitangan yang sering berdepan dengan kanak-kanak dan belia, bermula dengan mereka yang bekerja di prasekolah, sekolah arus utama, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik, akan diberikan vaksin. Menurut MOH, usaha tersebut akan diperluas kepada institusi pendidikan lain secara bertahap.



Sebelum ini, pemvaksinan ditawarkan kepada pekerja dengan risiko pendedahan tinggi misalnya pemandu teksi dan khidmat kereta sewa peribadi.



Buat masa ini, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) membolehkan kakitangan perubatan negara menyuntik vaksin sedia ada, iaitu vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech, ke dalam tubuh warga berusia 16 tahun dan ke atas sahaja. Vaksin Moderna pula boleh disuntik ke dalam tubuh warga berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.



Justeru pemvaksinan golongan pendidik dan kakitangan dewasa diharap mampu menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selamat, tambah MOH.



Individu yang layak mendapatkan vaksin akan diberitahu jadual pemvaksinan menerusi agensi pemerintah berkenaan dan menerima SMS daripada MOH mengenai temu janji yang boleh ditetapkan melalui laman vaccine.gov.sg.



Vaksin Covid-19 boleh didapatkan dari semua pusat pemvaksinan, poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) tertentu.



Berkenaan keadaan di dormitori, MOH maklum akan keupayaannya menimbulkan kelompok jangkitan lagi sekali gus menjangkiti masyarakat.



"Justeru usaha memvaksin pekerja asing di dormitori merangkumi sebahagian daripada strategi negara bagi melindungi semua warga Singapura dan penduduk jangka masa panjang," ujar MOH.



Rancangan pemvaksinan pekerja sedemikian akan bermula dengan 10,000 individu yang belum dijangkiti Covid-19 dan menginap dalam lima dormitori terbesar Singapura.



Pemvaksinan juga akan disediakan secara berperingkat kepada sebahagian kakitangan penghantaran dari Malaysia pada hujung bulan ini.



Mereka terdiri daripada pemandu dan kakitangan yang ulang-alik Singapura dan Malaysia menghantar barangan keperluan.



Golongan yang layak akan menerima SMS daripada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).




Covid-19 di SG 8 Mac



Baru: 13
Dalam masyarakat: 0
Diimport: 13
Di dormitori: 0
Kematian: 29



KESELURUHAN: 60,046

(Hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >