Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin dan warga emas tumpuan episod #NoTapis

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



ISU vaksin dan warga emas menjadi tumpuan episod podcast #NoTapis kali ini yang antaranya membincangkan keprihatinan warga emas berkaitan risiko vaksin Covid-19.



Antara individu yang berkongsi pengalaman mereka menerima vaksin termasuk selebriti dan pelawak setempat, Husin Saaban dan juga Cik Salmah Hassan, 71 tahun.



Sementara itu, keprihatinan serta mitos berkaitan vaksin dijelaskan doktor keluarga yang mengendalikan Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail yang turut serta dalam perbincangan tersebut.



Episod #NoTapis kali ini dihoskan koresponden Berita Harian Encik Norman Sawi dan Cik Atiyyah Mohamed Said.



Skim vaksinasi negara kini terus dijalankan dan sekitar 3.28 juta orang di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sejak 30 Disember tahun lalu, dengan sekitar 5.38 juta dos diberikan pada masa ini.



Ini bermakna 57.5 peratus penduduk di Singapura telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara lagi 36.8 peratus atau 2.1 juta orang telah mendapatkan dua dos lengkap sejauh ini.



Namun, baru-baru ini Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkata keprihatinan terbesar pihak berkuasa kekal pada warga emas dengan 24 peratus daripada kumpulan ini belum lagi menjalani vaksinasi kerana pelbagai sebab.



Dengarkan podcast #NoTapis di Spotify dengan mengimbas kod QR ini atau melalui laman beritaharian.sg.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >