Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin penggalak perlu diambil 270 hari selepas suntikan akhir

Langkah dilaksana mulai 14 Feb sedang jangkitan Omicron di SG terus naik
Jan 06, 2022 | 05:30 AM



DEMI mengekalkan status 'divaksin penuh', mereka yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan penggalak dalam tempoh sembilan bulan atau 270 hari selepas menerima dos vaksin utama, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.



Langkah terbaru itu akan berkuat kuasa mulai 14 Februari, sedang Singapura bersiap sedia menghadapi gelombang Omicron yang mungkin menyebabkan kes jangkitan Covid-19 melonjak hingga 15,000 sehari.



Ini menyebabkan semua langkah pengurusan keselamatan sedia ada akan dikekalkan menjelang Tahun Baru Cina dan tiada perancangan untuk melonggarkan sebarang sekatan dalam tempoh terdekat.



Mengulas lanjut mengenai kesan varian baru Omicron semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak itu, berkata varian tersebut terbukti lebih mudah berjangkit berbanding Delta, dan Singapura perlu mempersiap diri untuk gelombang jangkitan yang lebih besar berbanding jangkitan daripada varian Delta Oktober lalu.



Jumlah kes jangkitan Omicron di Singapura terus meningkat, dengan sebanyak 1,281 kes minggu lalu.



Daripada jumlah itu, 223 merupakan kes masyarakat dan membentuk 18 peratus kes jangkitan setempat minggu lalu, menurut MOH.



Tambahnya, kadar tertinggi jangkitan varian Delta lewat tahun lalu menyaksikan Singapura mencatatkan sekitar 5,000 jangkitan sehari, namun jangkitan Omicron akan menjangkau jumlah ini dengan berlipat ganda.



"Semasa kemuncak jangkitan Delta, ia berganda dalam tempoh enam hingga lapan hari. Jangkitan Omicron mungkin berganda dalam tempoh dua hingga tiga hari," katanya.



Menurut Pengarah Khidmat Perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, senario terburuk yang mungkin berlaku adalah Singapura mungkin mencatatkan lebih 15,000 kes sehari pada kemuncak gelombang jangkitan Omicron.



Justeru, beliau menggesa orang ramai agar tidak berlengah menerima suntikan penggalak apabila ia ditawarkan.



Mujur data daripada negara berbeza seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Canada menunjukkan secara konsisten bahawa jangkitan Omicron kurang teruk berbanding jangkitan Delta antara masyarakat yang sudah divaksin penuh, terutama sekali bagi mereka yang sudah menerima suntikan penggalak, kata Encik Ong.



Ini mendorong langkah MOH untuk menetapkan bahawa status divaksin penuh seseorang akan luput sembilan bulan selepas suntikan terakhir mereka mulai 14 Februari.



Encik Ong menambah: "270 hari atau sembilan bulan selepas anda menerima suntikan dos kedua (vaksin) mRNA atau dos ketiga vaksin Sinovac atau Sinopharm dan jika anda belum menerima suntikan penggalak, status anda yang divaksin penuh akan luput."



Bermakna ia akan menjejas akses kepada tempat yang dikhaskan bagi individu yang divaksin penuh seperti pusat beli-belah, restoran dan perpustakaan.



Berbanding dengan suntikan pertama dan kedua, individu yang menerima suntikan penggalak tidak perlu menunggu dua minggu untuk menerima status divaksin.



Mereka yang sudah pulih daripada jangkitan Covid-19 tidak memerlukan suntikan penggalak buat masa kini namun perlu memastikan mereka menerima suntikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas jangkitan.



Sebanyak 842 kes Covid-19 baru dilaporkan kelmarin.




SEKILAS LANGKAH TANGANI OMICRON



  • Mulai 14 Feb, status divaksin penuh individu berusia 18 tahun ke atas akan luput jika mereka tidak terima suntikan penggalak dalam tempoh sembilan bulan selepas dos terakhir vaksin.

  • Semua langkah pengurusan keselamatan sedia ada akan dikekal menjelang Tahun Baru Cina.

  • Singapura perlu bersiap sedia hadapi gelombang Omicron yang mungkin sebabkan kes jangkitan Covid-19 lonjak hingga 15,000 sehari.

  • Doktor perubatan umum (GP) kini main peranan lebih besar dalam tentukan sama ada pesakit Covid-19 boleh pulih dengan selamat di rumah atau perlu pantauan lanjut di hospital.


Laporan lanjut: Doktor keluarga kini boleh tentukan tempat pemulihan pesakit Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >