Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Pfizer-BioNTech sesuai digunakan di S'pura: Jawatankuasa Pakar

Dec 27, 2020 | 05:18 PM




JAWATANKUASA Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 yang dibentuk Kementerian Kesihatan (MOH) telah mendapati bahawa vaksin Pfizer-BioNTech sesuai digunakan mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas bagi pencegahan koronavirus itu.




Dalam satu kenyataan oleh MOH pada Ahad (27 Dis), jawatankuasa itu berkata vaksin tersebut telah menunjukkan keberkesanan tinggi sebanyak 95 peratus.



Profil keselamatan vaksin itu juga sejajar dengan piawaian tinggi yang diletakkan bagi vaksin lain yang digunakan dalam imunisasi terhadap penyakit lain.



Jawatankuasa tersebut menyarankan seramai mungkin warga diberi vaksinasi itu agar dapat mengurangkan perkadaran penduduk yang terdedah kepada Covid-19 dan kemungkinan berlaku rantaian penyebaran yang tidak terkawal.



Ini juga dapat melindungi mereka yang buat masa ini tidak sesuai menerima vaksinasi tersebut.



Apabila bekalan vaksin lebih meluas, ia menyarankan agar semua yang menginap di Singapura divaksinasi, namun menekankan vaksinasi kekal tidak diwajibkan.



Jawatankuasa itu turut menyarankan agar vaksinasi diutamakan bagi mereka yang berisiko dijangkiti Covid-19 seperti pekerja penjagaan kesihatan, serta mereka yang paling terdedah kepada komplikasi dan penyakit teruk sekiranya dijangkiti Covid-19 seperti warga emas.



Jawatankuasa itu dibentuk Oktober lalu untuk memberi saranan kepada pemerintah tentang strategi vaksinasi Covid-19 Singapura, termasuk memastikan keselamatan dan keberkesanan penggunaan vaksin itu dalam kumpulan penduduk di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >