Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Sinovac kini dalam program vaksinasi negara

Mereka yang pilih Sinovac perlu ambil tiga dos
Oct 24, 2021 | 05:30 AM



VAKSIN Sinovac Covid-19 akan disertakan dalam program vaksinasi negara untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak boleh atau enggan divaksinasi dengan vaksin jenis mRNA, kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam.



Ini menyusuli kelulusan sementara vaksin tersebut oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR).



Mereka yang memilih dapatkan vaksin Sinovac perlu mengambil tiga dos secara keseluruhan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Penyesuaian kemudian diperlukan bagi status vaksinasi mereka yang telahpun mengambil dua dos Sinovac, terutama memandangkan terdapat selang waktu 90 hari antara dos kedua dan ketiga, kata MOH lagi.



Semua individu yang telah mengambil dua dos vaksin Sinovac akan disifatkan sebagai telah divaksinasi penuh selama empat bulan selepas dos kedua atau 31 Disember tahun ini, mana satu yang lebih lewat.



Ia juga boleh ditawarkan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas serta mereka yang berusia antara 12 dengan 17 tahun di bawah keadaan khas.



Di bawah program vaksinasi negara, vaksin Sinovac akan diberi secara percuma dan ia akan disertakan dalam program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin.



Namun individu yang mengambil vaksin Sinovac sebelum kelulusan PSAR diberikan dan membayarnya sendiri tidak akan mendapat wang mereka kembali, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang juga pengerusi bersama MTF.



MOH akan memperuntukkan pusat vaksinasi Pusat Konvensyen Raffles City untuk memberikan suntikan Sinovac, tambah Encik Ong.



Ini merupakan tambahan kepada 11 Klinik Persediaan Kesihatan Awam serta klinik swasta terpilih.



Mereka yang telah menerima hanya satu atau dua dos vaksin Sinovac sejauh ini digalakkan sepenuhnya untuk menamatkan siri proses utama dengan vaksin mRNA kerana ia menawarkan perlindungan secukupnya.



Mereka yang tidak dapat mengambil sebarang dos vaksin mRNA ekoran sebab perubatan harus menerima tiga suntikan Sinovac secara keseluruhan untuk melengkapi siri proses utama ini.



Selain itu, mereka yang telahpun memulakan vaksinasi dengan menggunakan vaksin mRNA tetapi mengalami alahan atau reaksi teruk selepas dos pertama harus melengkapkan siri proses utama tiga dos dengan dua lagi dos daripada vaksin Sinovac.



Jika alahan berlaku selepas dos kedua vaksin mRNA, justeru individu tersebut perlu mengambil satu lagi dos Sinovac sebagai vaksinasi penggalak apabila mereka layak baginya.



Sinovac tidak akan ditawarkan sebagai vaksinasi penggalak bagi mereka yang telah menamatkan dua dos vaksin mRNA dan tidak mengalami sebarang alahan atau reaksi teruk.



Bagi kumpulan ini, dos ketiga vaksin mRNA akan sebaliknya ditawarkan sebagai dos penggalak.



Encik Ong berkata daripada golongan penduduk yang layak, 94 peratus telah sama ada mengambil atau telah membuat tempahan bagi vaksinasi mereka.



Namun dalam kalangan 6 peratus warga yang layak dan masih belum divaksinasi, 70,000 adalah warga tua melebihi 70 atau 60 tahun.



"Mereka mempunyai risiko tinggi jatuh sakit jika dijangkiti Covid-19," kata Encik Ong.



"Ada di antara individu yang belum divaksinasi tidak dapat mengambil vaksin mRNA akibat sebab perubatan. Ada juga yang lebih memilih vaksin bukan mRNA.



"Justeru kita akan memudahkan pengambil vaksin Sinovac bagi golongan ini agar dapat menggalak mereka untuk divaksinasi."



Pihak kementerian juga berkata vaksin Sinovac belum lagi diluluskan bagi kegunaan umum terutama bagi individu berusia 12 hingga 17 tahun.



Ini tidak disertakan dalam permohonan daripada Sinovac dan konsisten dengan penggunaan yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di bawah Senarai Penggunaan Kecemasan.



Namun mereka yang dalam golongan usia ini yang tidak layak secara perubatan untuk melengkapkan dua dos penuh vaksin Pfizer-BioNTech, MOH akan menawarkan siri utama tiga dos menggunakan Sinovac di bawah program kesihatan awam khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >