Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Vaksin tidak cukup untuk tangani jangkitan varian Delta: Ketua NCID

S'pura perlu kekalkan langkah keselamatan seperti pakai pelitup, jaga kebersihan dan pantau kesihatan
Sep 08, 2021 | 05:30 AM



VAKSIN jelas tidak mencukupi untuk menangani jangkitan daripada varian Delta Covid-19.



Justeru, Singapura perlu terus mengekalkan langkah keselamatan lain dalam mengawal jangkitan virus itu, kata Pengarah Eksekutif Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Profesor Leo Yee Sin.



"Jika saya beri (usaha) 100 peratus pada 2020, tahun ini saya perlukan beri 200 peratus kerana ini yang kita perlu lakukan dalam mengawal jangkitan daripada varian Delta," ujarnya.



"Kita tidak boleh bergantung hanya pada vaksin."



Ini bermakna langkah lain, seperti memakai pelitup, menjaga kebersihan dan terus memantau kesihatan dengan teliti, perlu diteruskan meskipun setelah individu itu divaksin lapor The Straits Times.



Varian Delta - punca jangkitan 99.6 peratus daripada 1,100 kes masyarakat yang dirawat tahun ini - lebih mudah berjangkit daripada varian lain sebelumnya, menurut Profesor Leo.



Antara ciri utamanya ialah lebih banyak virus dikeluarkan mereka yang dijangkiti varian itu.



Kajian antarabangsa menunjukkan jenis Delta mempunyai keupayaan lebih tinggi kekal di saluran pernafasan seseorang, menjadikannya lebih mudah tersebar kepada orang lain.



Tempoh inkubasinya juga kurang, iaitu antara tiga hingga lima hari, dan ini bermakna ia boleh berjangkit kepada orang lain dengan lebih pantas.



Jika pandemik ini tidak dikawal dengan baik, Singapura mungkin menyaksikan jumlah kes melonjak naik, kata Profesor Leo.



"Ini adalah sesuatu yang kita perlu ingat - bahawa virus ini boleh menyebabkan kes dalam masyarakat melonjak tinggi," katanya.



Jumlah kes di Singapura meningkat tinggi dalam tempoh sebulan lalu, dengan kelompok jangkitan timbul di pusat tukaran bas, dormitori pekerja migran dan pusat beli belah.



Antara Februari dan Disember tahun lalu, Singapura merekod sekitar 200 kes dalam sebulan, menurut pengamatan pengarah Unit Kesihatan Awam dan Epidemiologi Nasional, Profesor Madya Matthias Toh.



Angka itu melonjak naik hingga 590 antara Januari dan Ogos tahun ini, sebahagiannya disebabkan varian Delta.



Jumlah kes baru dalam masyarakat meningkat lagi kepada 1,325 minggu lalu, berbanding 723 pada minggu sebelumnya.



Kelmarin, Menteri Kewangan Lawrence Wong mengumumkan beberapa langkah baru bagi mengawal jangkitan dan memberi ruang agar lebih ramai dapat menerima vaksin.



Ini kerana vaksin sedia ada melindungi individu daripada penyakit teruk, namun kurang berkesan dalam mengelakkan jangkitan secara keseluruhan, terutama daripada varian Delta yang lebih mudah berjangkit.



Menteri Kesihatan Ong Ye Kung juga berkata sebelum ini bahawa vaksin hanya 40 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan, dan keupayaan mencegah ini berkurangan beberapa bulan selepas seseorang itu divaksin sepenuhnya.



Namun, Profesor Leo berkata setiap peningkatan peratusan liputan vaksin Singapura penting dan dapat membantu melindungi diri daripada penyakit tersebut, terutama bagi warga emas.



Kadar kebolehjangkitan Covid-19, atau RO, virus jenis Delta ialah lima hingga lapan. Ini bermakna seseorang yang dijangkiti boleh menjangkiti lima hingga lapan orang lain.



Di Singapura, RO kini 1.45, dengan langkah pengurusan keselamatan masih dikekalkan, kata Profesor Leo.



Varian Delta mempunyai kadar jangkitan yang dianggar lebih dua kali ganda kadar virus jenis sebelumnya.



Ini bermakna RO mungkin meningkat dengan ketara jika langkah pengurusan selamat ditiadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >