Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi 400,000 pelajar usia 12 tahun dan ke atas bermula

Jun 03, 2021 | 03:44 PM



USAHA memberi vaksin Covid-19 kepada lebih 400,000 pelajar berumur 12 tahun dan ke atas dijalankan seawal 8 pagi pada Khamis (3 Jun), bermula dengan mereka yang mengambil peperiksaan peringkat N, O, dan A.


Kelab Masyarakat Bishan, contohnya, melihat aliran pelajar yang ditemani ibu bapa mereka untuk menerima suntikan itu, lapor The Straits Times.


Buat masa ini, hanya pelajar berusia 12 tahun dan ke atas pada atau sebelum 1 Jun boleh divaksin. Usaha itu bertujuan memastikan keselamatan masyarakat dan institusi pendidikan.


Mereka yang berumur antara 12 dengan 17 tahun hanya boleh mengambil vaksin Pfizer-BioNTech, manakala mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas boleh memilih suntikan Pfizer atau Moderna.


Keutamaan diberikan kepada pelajar menengah dan prauniversiti dalam kohort tahun akhir yang akan mengambil peperiksaan mereka dalam separuh kedua tahun ini.


Pelajar yang menerima suntikan Covid-19 di Kelab Masyarakat Bishan berkata mereka mengambil vaksin tersebut walaupun takut akan kesan sampingannya.


Pada Selasa, hari pertama pelajar diundang untuk menempah slot vaksinasi Covid-19 mereka, lebih separuh daripada 52,000 ibu bapa atau pelajar yang menerima SMS untuk mendaftar melakukan demikian.


Dalam masa dua minggu akan datang, undangan untuk mendapatkan suntikan itu akan diberi kepada pelajar sepenuh masa lain, termasuk di madrasah dan sekolah pendidikan khas (Sped).


Keseluruhan usaha vaksinasi untuk pelajar dianggarkan selesai pada Ogos.


Vaksinasi ditawarkan di kelab masyarakat di serata negara dan akan segera bermula di empat pusat vaksinasi Kementerian Pendidikan khas mulai Isnin.


Tiga daripada pusat tersebut terletak di kampus Institut Pendidikan Teknikal di Ang Mo Kio, Choa Chu Kang dan Simei, dan yang keempat akan terletak di Pusat Konvensyen Raffles City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >