Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi bagi kanak-kanak dijalankan di dewan sukan dalaman, tak jejas kelas

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



OPERASI vaksinasi bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Sekolah Menengah Yusof Ishak (YISS) akan dijalankan di dewan sukan dalaman dan diasingkan dari bahagian lain sekolah.



Ia juga tidak akan menjejas kelas atau program lain di sekolah, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataannya semalam.



YISS, yang terletak di Punggol, adalah satu daripada 15 pusat vaksinasi (VC) paediatrik yang telah ditetapkan bagi program vaksinasi kanak-kanak. Pusat-pusat vaksinasi itu akan mula beroperasi secara berperingkat, dengan tujuh VC akan mula beroperasi pada 27 Disember.



Pusat-pusat vaksinasi ini akan dikendalikan oleh kakitangan perubatan terlatih dalam penjagaan kanak-kanak serta kakitangan terlatih dalam memberi vaksinasi kepada kanak-kanak.



Semua kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mesti ditemani ibu atau bapa atau penjaga dewasa di VC bagi janji temu mereka.



Menurut MOE, ia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menubuhkan VC di YISS bagi memudahkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang tinggal berdekatan Punggol dan Sengkang untuk mendapatkan vaksinasi.



VC di YISS disokong pasukan vaksinasi bergerak Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) berpengalaman memberi vaksinasi kepada kanak-kanak. Ia mula beroperasi 11 Januari depan.




15 PUSAT VAKSINASI KANAK-KANAK



MULA OPERASI 27 DISEMBER 2021

- Kelab Masyarakat Senja-Cashew

- Kelab Masyarakat Nanyang

- Our Tampines Hub

- Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias

- Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy

- Kelab Masyarakakt Nee Soon East

- Kelab Masyarakat Hougang

 



MULA OPERASI 3 JANUARI 2022

- Pusat Masyarakat Clementi

- Bekas tapak Sekolah Menengah Hong Kah

- Pusat Masyarakat Queenstown

- Kelab Masyarakat Toa Payoh West

- Kelab Masyarakat Jalan Besar

- Kelab Masyarakat Marine Parade

- Kelab Masyarakat The Serangoon

 



MULA OPERASI 11 JANUARI 2022

- Sekolah Menengah Yusof Ishak (Kampus Punggol)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >