Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi Covid-19 sektor hotel dilaksana

Sekitar 3,000 kakitangan barisan depan telah terima suntikan pertama sehingga Isnin lalu
Jan 29, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM vaksinasi Covid-19 bagi industri hotel kini sedang dijalankan, dengan sekitar 3,000 kakitangan barisan depan telah menerima suntikan pertama mereka sehingga 25 Januari lalu, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.



Sekitar 2,000 daripadanya merupakan kakitangan yang bekerja di kemudahan khusus bagi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Encik Tan berkata usaha memvaksin pekerja barisan depan dalam industri hotel itu adalah penting kerana mereka merupakan "nod penting" dalam industri pelancongan secara keseluruhan.



Industri itu dipilih sebagai penerima awal vaksin Covid-19 kerana pekerjanya bertugas di barisan depan sejak Mac tahun lalu, dengan 70 hotel berkhidmat sebagai kemudahan khusus bagi SHN.



Beliau turut menekankan bahawa vaksinasi merupakan salah satu tunggak dalam strategi keseluruhan negara ini untuk menentang Covid-19 di samping usaha penjejakan kontak, menjalankan ujian dan melaksanakan langkah pengurusan selamat.



"(Vaksinasi) memberikan keyakinan kepada kakitangan barisan depan dan juga mereka yang bekerja di kemudahan khusus bagi SHN, (ia juga memberi keyakinan kepada) mereka yang kembali dari luar negara, dan juga mereka yang bercuti di hotel.



"Saya rasa di sinilah terdapat pendedahan (kepada jangkitan), dan anda mahu memastikan pekerja barisan depan anda dilindungi dan vaksinasi melakukan perkara itu," kata beliau.



Semalam, beliau telah ke pusat vaksinasi di Pusat Konvensyen Raffles City untuk menyaksikan kakitangan hotel menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.



Dalam pada itu, Encik Tan menggalak rakyat Singapura untuk terus menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) bukan hanya semasa musim cuti, malah juga di luar waktu sibuk supaya dapat mengimbangi permintaan bagi percutian di hotel dan tarikan pelancongan setempat.



"Ini penting kerana ramai rakyat Singapura bekerja dalam sektor pelancongan, dan kami mahu memastikan, pada akhirnya, apabila krisis ini berakhir, kami dapat memelihara keupayaan pengurus hotel dan sektor pelancongan kita, dan kita boleh bangkit lebih kuat daripada krisis ini," kata beliau.



Presiden Persatuan Hotel Singapura (SHA), Cik Kwee Wei-Lin, berharap program vaksinasi itu akan membantu membawa pemulihan kepada industri itu.



Vaksin tersebut akan ditawarkan kepada semua pekerja industri hotel secara sukarela, termasuk 160 anggota hotel persatuan itu, yang mempunyai sekitar 40,000 pekerja.



"Kami berharap ia akan mengembalikan keyakinan kepada kakitangan kita, kesejahteraan mereka, keluarga mereka dan juga pelancong antarabangsa apabila mereka kembali ke sini," kata Cik Kwee.



Salah seorang kakitangan hotel yang menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 itu semalam ialah Encik Ahmad Ridzuan Ahmad, 34 tahun, yang bekerja sebagai eksekutif makanan dan minuman (F&B) di Pan Pacific Singapore.



"Vaksin ini amat penting bagi saya kerana ia membolehkan saya bekerja dengan rasa selamat. Saya bekerja di barisan depan di ruang istirahat (lounge) dan selalu berinteraksi dengan tetamu. Oleh itu, ini akan melindungi diri saya dan juga pasukan saya," kata beliau.



Cik Nur Aziana Aziman, 23 tahun, yang bekerja sebagai penyambut tetamu di Pan Pacific Singapore, juga berkata beliau memilih untuk menerima vaksin itu demi keselamatan.



"Saya rasa baik untuk menerima vaksin ini kerana saya perlu berurusan dengan tetamu dan juga bekerja dengan rakan sepasukan. Dengan mendapatkan vaksin ini, saya akan dapat menggalak yang lain juga untuk turut mendapatkan vaksin mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >