Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi kanak-kanak sebahagian usaha nasional pastikan mereka, keluarga selamat

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



LANJUTAN program vaksinasi bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun adalah sebahagian usaha nasional untuk memastikan kanak-kanak di Singapura dan keluarga mereka selamat.



Selain itu, ia adalah untuk membolehkan lebih banyak aktiviti sekolah disambung.



Ini dinyatakan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, ketika mengulas tentang pelaksanaan program vaksinasi tersebut.



Awal bulan ini, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun akan dapat menerima vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/- Comirnaty hujung bulan ini.



Semalam, dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda), janji temu bagi vaksinasi kanak- kanak dalam golongan usia itu dikatakan akan bermula pada 27 Disember.



MOE menambah ia akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada semua ibu bapa murid darjah empat hingga enam kohort 2022 serta kanak-kanak yang lahir antara 2009 dengan 2012 yang berada dalam sekolah MOE serta madrasah mulai hari ini.



SMS itu mengandungi pautan unik membolehkan ibu bapa menempah slot vaksinasi bagi anak-anak mereka.



Ibu bapa murid darjah satu hingga tiga kohort 2022 pula akan mula menerima SMS itu mulai 3 Januari depan.



Bercakap dalam bahasa Melayu, Encik Chan berkata: “Sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak kita selamat dan sihat.



“Anak-anak kita berhubung dengan keluarga dan teman-teman mereka dalam kehidupan harian mereka.



“Walaupun risiko anak-anak kita dijangkiti (Covid-19) tidak dapat dielakkan sepenuhnya, vaksinasi akan dapat mengurangkan kesan yang serius sekiranya mereka dijangkiti.”



Beliau menambah bahawa sejak pandemik Covid-19 melanda, sebahagian ibu bapa prihatin akan aktiviti sekolah terganggu atau tergendala.



Oleh itu, memvaksinasi para pelajar merupakan langkah penting dalam memastikan banyak aktiviti sedemikian dapat diteruskan semula.



“Apabila anak-anak kita divaksinasi, kita dapat meneruskan lebih banyak aktiviti, sukan dan permainan yang kritikal terhadap pembangunan holistik dan kesejahteraan mereka,” ujar beliau.



Encik Chan turut menekankan bahawa meskipun sudah divaksinasi, kanak- kanak masih perlu mematuhi langkah- langkah pengurusan selamat (SMM) lain untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti Covid-19.



“Vaksinasi digabungkan dengan SMM dan kebersihan peribadi akan mengukuhkan lagi pelbagai langkah yang kita ada untuk melindungi anakanak kita,” tambahnya.




Disebabkan kerjasama semua, 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksinasi sepenuhnya. Memvaksinasi kanak-kanak lebih muda akan memastikan mereka, keluarga mereka dan masyarakat secara am selamat, terutama dengan varian Omicron (Covid-19) yang sedang merebak.
– Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menulis di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >