Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi pelajar berjalan lancar dan cepat dengan majoriti pelajar dijangka terima suntikan jelang Ogos: Maliki

Jun 09, 2021 | 09:05 PM



APABILA beroperasi sepenuhnya, setiap daripada pusat vaksinasi Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh mengendalikan hingga 1,600 vaksinasi setiap hari manakala kebanyakan pelajar pula dijangka sudah mendapatkan vaksinasi menjelang Ogos.



Inilah pengamatan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, selepas mengunjungi ITE Kolej Timur, salah satu daripada empat Pusat Vaksinasi Kementerian Pendidikan (MOE)  khusus pada pagi Rabu (9 Jun).



Beliau menulis di Facebook mengenai kunjungannya ke pusat itu bagi melihat beberapa pelajar dalam kohort yang bakal tamat pengajian (GCE Peringkat 'N', 'O' dan 'A') tahun ini menjalani vaksinasi mereka.



"Saya gembira melihat operasi pusat ini berjalan lancar dan bersemangat melihat ramai yang datang dengan respons positif daripada pelajar kita...



"Beberapa pelajar yang saya temui hari ini memberitahu bagaimana proses vaksinasi ini berjalan lancar dan cepat. Ibu bapa yang menemani anak-anak mereka juga berkongsi penghargaan mereka mengenai mudahnya proses vaksinasi daripada membuat tempahan slot hingga menerima suntikan vaksin.



"Terima kasih kepada kakitangan dan pasukan yang terlibat dalam usaha memastikan proses vaksinasi ini lancar dan selamat buat pelajar kita," katanya yang mengharapkan semua ibu bapa dan pelajar yang layak secara perubatan akan mendaftar segera.



 



 



 



--




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >