Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi, suntikan penggalak kekal respons utama SG harungi Omicron: Ye Kung

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



Vaksinasi dan suntikan penggalak kekal sebagai respons utama Singapura sedang negara ini bersiap sedia menghadapi gelombang Omicron yang bakal tercetus, menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung semalam.



Ini sedang program vaksinasi negara mengekalkan rentak momentumnya, katanya.



Memberi perincian lanjut dalam catatan Facebooknya, Encik Ong berkata sebanyak 87 peratus penduduk telah selesai suntikan penuh, dan 88 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.



Sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 41 peratus daripada kira-kira 70 peratus penduduk yang layak, telah diberi dos penggalak.



Dalam pada itu, lebih daripada 20,000 kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sepanjang minggu lalu, iaitu kira-kira separuh kohort, kata Encik Ong.



Beliau menambah lebih ramai dijadualkan untuk menerima vaksin dalam minggu-minggu mendatang.



"Bulan ini, kami juga menjangka bekalan baru vaksin Covid-19. Ini akan menyokong kita sepanjang program vaksinasi dan dos penggalak dengan kukuh," kata Encik Ong.



Memberi perkembangan tentang keadaan Covid-19 di Singapura pula, Encik Ong berkata keadaan Covid-19 kekal stabil sejauh ini.



Jumlah kes setempat yang aktif sepanjang minggu lalu adalah 1,200 berbanding dengan jumlah tertinggi yang melebihi 26,000.



Jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU) pula kira-kira 20, berbanding jumlah tertinggi iaitu kira-kira 170 kes.



Ini merupakan yang paling rendah dalam suku terakhir.



Dalam pada itu, jumlah kematian juga rendah, kata Encik Ong.



Ini semua memberi isyarat bahawa gelombang Covid-19 baru-baru ini disebabkan varian Delta telah reda, sekurang-kurangnya buat masa ini, menurut Encik Ong.



"Kita akan terus mencatatkan kemajuan, semua orang perlu terus memainkan peranan kita dan mengamalkan tanggungjawab sivik, dan 2022 akan menjadi tahun lebih baik berbanding yang lalu," tambah beliau.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran baru-baru ini bahawa varian koronavirus Covid-19, Omicron, tetap menimbulkan risiko "sangat tinggi" dan boleh menjejas sistem penjagaan kesihatan banyak negara.



Ini sedang varian yang sangat mudah menular itu mencetus wabak rekod di banyak negara.



Jumlah kes telah meningkat 11 peratus di peringkat sejagat pada dua minggu lalu, memaksa pihak berkuasa dari China ke Jerman dan Perancis mencari keseimbangan yang sukar antara sekatan antivirus dengan keperluan memastikan ekonomi dan kegiatan sosial dapat terus dibuka.



Jumlah kes baru tertinggi dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Italy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >