Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Varsiti baru - Universiti Seni Singapura - dibuka Ogos 2024, ambil pelajar tahun depan

UAS
Aug 31, 2022 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kali, sebuah universiti seni swasta - Universiti Seni Singapura (UAS) - akan ditubuhkan di sini, hasil pakatan antara Maktab Seni LaSalle dan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).



Ia disokong pemerintah dari segi subsidi serta peningkatan keupayaan dan akan membuka permohonan pada suku ketiga 2023 bagi kohort pertama, yang akan bermula pada Ogos 2024.



Membuat pengumuman itu semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) bersama LaSalle dan Nafa berkata UAS tidak akan mempunyai kampus baru dan akan beroperasi di luar Pusat Reka Bentuk Kebangsaan di Middle Road.



LaSalle dan Nafa akan kekal sebagai entiti terdaftr mereka sendiri, menerima pelajar dan mengendalikan kursus mereka sendiri, kata MOE, walaupun akan ada modul yang ditawarkan merentasi dua institusi itu.



Apabila ditubuhkan, UAS, yang akan beroperasi menggunakan kedua-dua kampus LaSalle dan Nafa, bermatlamat menyumbang ke arah ekosistem seni dan budaya di Singapura berdasarkan kekuatan unik dua institusi itu dan pengalaman berdekad mereka dalam pendidikan seni.



Sebelum ini, jawatankuasa pro-tem telah dibentuk dan dipengerusikan Profesor Chan Heng Chee, yang dilantik untuk membangunkan struktur dan model operasi universiti baru itu.



UAS juga akan memberi ijazah di bawah namanya sendiri dan ini menandakan satu peningkatan dari segi cara LaSalle dan Nafa kini menganugerahkan ijazah dalam perkongsian dengan sekolah luar negara seperti Goldsmiths, Royal College of Music dan University of The Arts London.



Ia juga bermatlamat menyokong ekonomi masa depan Singapura, dan menyumbang ke arah visi Singapura sebagai bandar kreatif yang dipacu inovasi, dan menjadi peneraju pemikiran dalam seni kreatif di Asia Tenggara dan seterusnya.



Pelantikan kepimpinan utama UAS juga diumumkan semalam dan akan berkuatkuasa mulai esok.



Lembaga Pengamanah UAS, yang diketuai Encik Jose Isidro 'Lito' Camacho sebagai pengerusi, telah melantik Profesor Kwok Kian Woon sebagai Naib Canselor dan Ketua Eksekutif pertama universiti itu.



Encik Camacho berkata penubuhan UAS melalui satu pakatan bersejarah LaSalle dan Nafa adalah satu langkah besar ke arah meningkatkan pendidikan seni di peringkat tinggi di Singapura.



"Saya berbesar hati dilantik sebagai pengerusi pengasas UAS dan saya yakin universiti ini akan memainkan peranan berpengaruh bagi memacu transformasi untuk seni kreatif di rantau ini dan seterusnya," kata beliau.



Profesor Kwok berkata UAS yang dikhususkan sepenuhnya untuk seni menunjukkan wawasan artis perintis dan pendidik seni Singapura.



"Ini satu komitmen tegas untuk memupuk potensi seni belia kita, yang akan memimpin gelombang tenaga kreatif Singapura yang seterusnya.



"Kita akan membina daripada asas-asas yang telah dibina oleh Nafa dan LaSalle, yang setiap satu dibentuk oleh warisan tersendiri dan ini memberikannya kekuatan istimewa," ujar beliau, yang juga ahli jawatankuasa pro-tem dan telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam bidang seni dan institusi kebudayaan, termasuk Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Pelajar UAS akan datang boleh menjangka pengalaman bersama yang dibina daripada pengalaman LaSalle dan Nafa serta lebih banyak peluang pembelajaran melalui pelbagai modul rentas kolej yang lebih luas, elektif bersama, perkhidmatan sokongan pelajar yang dipertingkat serta akses baru kepada sumber dan kemudahan yang dikongsi bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >