Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENTERI PENDIDIKAN CHAN CHUN SING DI FORUM PEDIDIKAN ST

Varsiti harus tumpu pada lulusan pengajian, latih semula pelajar dewasa: Chun Sing

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



UNIVERSITI di Singapura perlu memberi tumpuan terhadap mereka yang sudah tamat pengajian dan me latih semula sekitar setengah juta pe lajar dewasa setiap tahun, kata Men teri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Mengongsi visinya mengenai pe ranan universiti dalam memenuhi ke perluan masa depan semalam, Encik Chan berkata untuk kekal relevan, universiti tempatan perlu melakukan le bih banyak daripada sekadar me lahirkan lulusan ijazah bagi pasaran buruh.



Institusi ini perlu memberi tumpuan terhadap pembelajaran berterusan untuk membangunkan hubu ngan dengan orang lain dan mempunyai keyakinan dalam me ngemudi laluan mereka sendiri.



Beliau menambah bahawa definisi masyarakat terhadap kejayaan perlu berubah kerana ia bukan menge nai bagaimana prestasi seseorang pada satu-satu masa kehidupannya, atau memuatkan segala pendidikan pada usia muda.



Sebaliknya, pembelajaran harus di lakukan sepanjang kehidupan seseorang dan universiti perlu menjadi tempat orang ramai dapat kembali dan dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran baru.



Encik Chan berkata demikian semasa Forum Pendidikan The Straits Times 2022 mengenai peranan universiti yang berubah-ubah, yang di ada kan dengan kerjasama Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Acara secara hibrid itu membincangkan cara peranan universiti perlu melebihi sekitaran kampus dan disesuaikan dengan peruba han da lam masyarakat, baik dalam teknologi mahupun sosial atau ekonomi.



Encik Chan berkata sebelum ini seseorang mungkin mengambil masa hampir 20 tahun untuk mempersiapkan diri bagi pekerjaan pertama dan mungkin satu-satunya pekerjaan se panjang hayat.



"Tetapi bagaimana jika kita perlu lakukan 10 pekerjaan berbeza sepanjang hayat, menukarnya setiap empat hingga lima tahun secara purata. Inilah generasi kita," katanya.



Menambah pengetahuan dan kemahiran warga sedang mereka me neroka pekerjaan baru setiap empat hingga lima tahun bermakna keperluan mempertingkat diri bagi seperempat daripada sekitar tiga juta warga tempatan dalam tenaga buruh Singa pura setiap tahun, ujar beliau.



Ini bermakna sekitar setengah juta pekerja dewasa setiap tahun.



"Definisi kejayaan bagi sistem pendidikan kita tidak boleh sekadar sejauh mana kita bersedia mempersiap kohort 30 hingga 40 ribu pelajar setiap tahun bagi pasaran buruh.



"Sepatutnya ia adalah sebaik mana kita dapat melakukan demikian serta latihan dan peningkatan semula bagi sekitar setengah juta pelajar dewasa setiap tahun," kata Encik Chan.



Justeru daripada memberi tumpuan pada cabaran saiz kohort yang berkurangan, negara harus secara aktif merebut peluang yang timbul daripada bilangan pekerja yang kian me ningkat, dan memerlukan latihan semula dan mempertingkat kemahiran.



Beliau berkata masa yang diambil bagi mempersiap sesebuah kursus, melatih pelatih dan memastikan pelajar lulus pengajian selalunya meng ambil beberapa tahun. Ini boleh bermakna bahan pengajian menjadi usang sebaik pelajar lulus daripada kursus.



Dalam ucapannya, Encik Chan turut menggariskan tiga perkara utama yang membentuk visi tempoh pan jangnya bagi pendidikan.



Pertama, jangka hayat teknologi kian merosot dan kemahiran serta pengetahuan menjadi usang lebih pantas daripada sebelum ini.



Kedua, dunia lebih terhubung me wujudkan lebih banyak peluang untuk semua tetapi juga ketidaksama an lebih meluas bagi peluang dan hasil.



Ketiga, sedang dunia menjadi sa ling berkaitan dan bergantung anta ra satu sama lain, ia mempunyai risiko menjadi lebih berpecah belah dan bertentangan, secara geopolitik, ideo logi, budaya dan juga teknologi.



Bagi menanganinya, Encik Chan menggariskan tiga 'C' yang boleh di kecapi - pembelajaran berterusan; hubungan dan kerjasama bagi penghasilan nilai dan pembangunan keya kinan.





"... bagaimana jika kita perlu lakukan 10 pekerjaan berbeza sepanjang hayat, menukarnya setiap empat hingga lima tahun secara purata. Inilah generasi kita... Definisi kejayaan bagi sistem pendidikan kita tidak boleh sekadar sejauh mana kita bersedia mempersiap kohort 30 hingga 40 ribu pelajar setiap tahun bagi pasaran buruh. Sepatutnya ia adalah sebaik mana kita dapat melakukan demikian serta latihan dan peningkatan semula bagi sekitar setengah juta pelajar dewasa setiap tahun."




- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >