Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Varsiti terkemuka Switzerland buka kampus di SG

EHL bersama ITE bangunkan diploma baru bidang hospitaliti
Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH universiti hospitaliti terkemuka Switzerland telah bekerjasama dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bagi membangunkan diploma teknikal baru dalam bidang hospitaliti dan pengurusan hotel.



Ini setelah Institusi Ecole hoteliere de Lausanne (EHL) Hospitality Business School menubuhkan kampus antarabangsa pertama di Singapura.



EHL Campus (Singapura) itu, yang telah melahirkan lulusan yang kini menjadi pemimpin dalam industri hospitaliti dan pelancongan, juga bercadang menawarkan program sijil dalam talian dan kursus singkat bagi pelajar dewasa.



Dalam ucapannya di majlis pelancaran kampus yang terletak berdekatan Orchard Road itu semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing berkata:



"Lulusan program tersebut akan dilengkapkan dengan kemahiran dalam pengurusan prasarana dan rantaian bekalan, selain dalam kemahiran baru seperti analitik perniagaan dan amalan hospitaliti yang berdaya tahan.



"Ia akan mempersiapkan pelajar kita untuk bekerja dalam pelbagai pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan hospitaliti."



Perincian mengenai bila diploma itu akan ditawarkan dan jumlah pelajar yang boleh menyertai diploma itu belum diumumkan.



Mengulas mengenai rancangan EHL untuk menawarkan sijil dalam talian dan kursus singkat bagi pelajar dewasa, Encik Chan berkata:



"Ini akan memperluas peluang mempertingkat kemahiran bagi individu dalam sektor hospitaliti, memperluas pilihan kerjaya dalam industri hospitaliti dan perkhidmatan, dan membantu mereka terus relevan dan berdaya saing."



Beliau berkata kursus itu merupakan contoh bagaimana EHL memainkan peranan aktif dalam institusi pendidikan tinggi di negara ini.



Menurutnya, sektor hospitaliti juga terpaksa berubah dengan pantas semasa pandemik, yang telah mengubah kemahiran yang diperlukan tenaga kerja dan syarikat supaya kekal berdaya saing.



Beliau juga menggalak EHL meneroka peluang kerjasama lain dengan institut pendidikan lain di sini, dengan cara mengadakan program bersama yang menggunakan hubungan kuat antara institut pendidikan setempat dengan perniagaan setempat dan di rantau ini, serta berkongsi amalan terbaik dan kaedah pengajarannya, termasuk bagi pelajar dewasa.



Ditubuhkan 125 tahun lalu di Lausanee, Switzerland, EHL kini telah berkembang sebagai Sekolah Perniagaan Hospitaliti EHL, dan disifatkan sebagai antara institusi terunggul di dunia bagi melahirkan pemimpin dalam sektor hospitaliti. Ia mempunyai lebih 4,000 di tiga kampusnya di Lausanne dan Passugg di Switzerland dan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >