Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VEP: Belum ramai mendaftar, mungkin ditangguh lagi

Sep 21, 2015 | 02:11 PM



WALAUPUN 1 Oktober, tarikh akhir bagi kereta Singapura didaftarkan jika mahu memasuki Malaysia, semakin hampir, kurang 74,000 kenderaan berdaftar di sini telah memohon Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak 15 Ogos, tarikh pendaftaran dalam talian bermula.


Ini jauh daripada 200,000 hingga 300,000 kenderaan Singapura yang Kementerian Pengangkutan Malaysia jangka akan mendaftar menjelang akhir tahun ini.


Bayaran pentadbiran RM10 ($3.30) dikenakan bagi memohon VEP, yang mempunyai tempoh sah lima tahun, dan pemilik kenderaan akan diberi tag pengenalan frekuensi radio bagi cermin depan kenderaan.


Kenderaan tidak berdaftar tidak akan dibenarkan masuk Malaysia melalui Tambak dan Laluan Kedua. Tetapi kereta juga boleh didaftarkan di tempat di kedua-dua pintu masuk itu.


Menurut akhbar The Straits Times pada Isnin (21 Sep), ramai rakyat Singapura menyebut proses pendaftaran susah dan laman web bermasalah sebagai alasan mereka belum mendaftar.


Seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan Malaysia mengakui ada masalah awal pada laman webnya.


Beliau berkata tarikh akhir 1 Oktober itu mungkin ditunda lagi, setelah ditangguh sebelum ini daripada 1 Ogos kepada 1 September.


"Kami sedang cuba mencapai tarikh itu, tetapi kami akan membuat pengumuman mengenai bila ia akan dilaksana," katanya, sambil menambah bahawa bayaran baru RM20 setiap kali setiap kenderaan masuk Malaysia akan dilaksana pada tarikh yang sama dengan VEP.


Jurucakap itu berkata sistem VEP juga memudahkan mengesan denda trafik yang belum dibayar kenderaan berdaftar di Singapura.


Mereka yang mempunyai denda tidak dibayar mungkin tidak dibenarkan meninggalkan atau memasuki Malaysia melainkan bayaran dibuat.


Jurucakap itu juga menggesa pemilik kereta memaklumkan kepada kementeriannya jika mereka telah menjual kereta mereka agar VEP mereka boleh dibatalkan dan pemilik baru diberitahu supaya mendaftar semula.


"Jika anda membenarkan pemilik baru menggunakan tag anda, anda akan bertanggungjawab ke atas sembarang kesalahan yang mungkin dilakukannya di Malaysia," ujar jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >