PERMIT Masuk Kenderaan (VEP) dan Caj Jalan bagi kenderaan Singapura dan asing yang dikatakan akan dikuatkuasakan di Koswe Johor kelmarin telah ditangguhkan lagi.
Menurut sumber Berita Harian (BH) dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor ketika dihubungi semalam, VEP masih belum dilaksanakan kerana pihak berkuasa masih menjalankan ujian dan sistem tersebut masih dalam pemantauan.