Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONOMI & KERJA

'Veteran' industri perabot akur banyak lagi ilmu boleh dipelajari

Mar 22, 2020 | 05:30 AM



WALAUPUN beliau seorang veteran yang sudah cukup kenal dengan selok-belok perniagaan perabot, Encik Ibrahim Abu Bakar tetap percaya masih lagi banyak perkara yang boleh dipelajari tentang industri itu.



Bapa dua anak berusia 60 tahun itu merupakan antara peserta program Penempatan Kerja dan Latihan bagi pekerja lanjut usia yang ditawarkan Institut Majlis Industri Perabot Singapura (SFIC).



"Antara ilmu yang kami raih ialah cara bagaimana berkomunikasi dengan pelanggan, bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan dan sebagainya," kata pegawai pemasaran dan penjualan di syarikat Furniture Club, yang menjual perabot pereka (designer) boleh dimampui.



"Meskipun saya sudah lama bekerja dalam industri ini, program peningkatan kemahiran seperti ini membuka minda saya untuk berfikir dari perspektif yang berbeza.



"Contohnya, kenapa tidak saya fikirkan tentang pendekatan baru dari segi pemasaran dan hubungan pelanggan sebelum ini," tambahnya.



Malah, Encik Ibrahim juga membantu melatih rakan sekerja yang lain supaya dapat mengongsi ilmu yang dipelajarinya.



Antara kursus latihan yang ditawarkan di bawah program Penempatan Kerja dan Latihan bagi pekerja lanjut usia itu ialah berkenaan teknologi baru, inovasi perkhidmatan, pemasaran media sosial dan menyediakan nasihat mengenai produk perabot.



Disokong Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), program itu disediakan bagi mereka yang ingin menukar kerjaya dalam industri perabot dan desain gaya hidup seperti eksekutif penjualan, eksekutif pembangunan perniagaan dan eksekutif runcit.



Peserta akan perlu menjalani kedua-dua latihan di dalam kelas dan latihan di tempat kerja dalam tempoh enam bulan.



Encik Ibrahim, yang sudah bekerja di Furniture Club lebih sedekad, menceburi pula industri perabot selepas berkecimpung dalam industri pengiklanan selama hampir tiga dekad.



Beliau mengongsi bahawa pada ketika itu, beliau ingin "menukar haluan" dan meneroka cabaran baru dalam kehidupannya.



"Ketika itu, rakan saya hubungi saya dan mengajak saya sertai industri perabot. Saya menyertai syarikat perabot Novena dahulu (sebelum syarikat itu diperolehi TT International).



"Saya bermula sebagai jurujual biasa dan kemudian bekerja keras hingga mencapai tahap sekarang ini," kata beliau.



Memberi nasihat kepada pekerja lanjut usia, Encik Ibrahim berkata adalah penting bagi pekerja untuk terus mempertingkat kemahiran mereka walaupun jika mereka sudah lama dalam industri itu.



"Industri perabot hari ini berbeza ketika 10 tahun yang lalu. Sekarang kita ada wadah dalam talian dan pemasaran menerusi media sosial.



"Mungkin ada daripada mereka (pekerja lanjut usia) yang rasa buang masa bagi mereka untuk hadir kursus sebegini.



"Tetapi, saya selalu memberitahu mereka bahawa kursus ini akan membantu mempertingkat kemahiran mereka dan mereka juga boleh belajar perkara baru," kata beliau.




Industri perabot hari ini berbeza ketika 10 tahun yang lalu. Sekarang kita ada wadah dalam talian dan pemasaran menerusi media sosial. Mungkin ada daripada mereka (pekerja lanjut usia) yang rasa buang masa bagi mereka untuk hadir kursus sebegini. Tetapi, saya selalu memberitahu mereka bahawa kursus ini akan membantu mempertingkat kemahiran mereka dan mereka juga boleh belajar perkara baru.
- Encik Ibrahim Abu Bakar, 60 tahun, yang merupakan antara peserta program Penempatan Kerja dan Latihan bagi pekerja lanjut usia yang ditawarkan Institut Majlis Industri Perabot Singapura (SFIC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >