Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video balu hargai bantuan: "Saya tidak akan dapat membayar kebaikan anda"

Jun 30, 2014 | 08:04 PM



ISTERI mangsa yang meninggal dunia akibat satu nahas motosikal di Braddell Road bulan lalu telah tampil dalam sebuah video bagi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan.


Dalam video tersebut, Cik Diana Nursita Abdul Latif, 29 tahun, tampil sambil mendakap anaknya, Misha Dalia, untuk memberi ucapan terima kasih atas segala bantuan yang dihulurkan, sama ada dalam bentuk wang, doa dan kata-kata perangsang.


"Saya tidak akan dapat membayar kebaikan anda, dan saya harap saya boleh mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada anda secara peribadi. Saya sangat berterima kasih," katanya dalam video tersebut.


Video sepanjang hampir lima minit itu telah dimuatnaikkan di laman Facebook badan bukan mencari untung, Stay Positive SG (www.facebook.com/staypositive.sg), pada 27 Jun lalu.


Ditubuhkan pada Oktober tahun lalu, badan tersebut berhasrat untuk menyemai pentingnya membentuk sebuah masyarakat yang lebih belas kasihan.


Allahyarham Muhammad Mirza Abdul Razak, 31 tahun, maut hanya lapan hari setelah menyambut kelahiran anak sulungnya.


Beliau, seorang pegawai dalam kumpulan respons kemalangan NTUC Income, Orange Force, dipercayai dalam perjalanan pulang ke pejabat menaiki motosikal setelah selesai syif malam apabila kemalangan itu berlaku.


Dalam video tersebut, Cik Diana berkata bantuan yang diterima akan dimanfaatkan bagi masa depan bayinya.


"Ini adalah amanah saya daripada Allah. Saya akan melakukan dengan terbaik untuk menjaga bayi dan keluarga saya. Terutamanya bayi Misha saya, Insyallah," katanya, yang cuba menahan sebak sambil mengucapkan salam Ramadan kepada semua dan meminta orang ramai mengingati arwah suaminya dalam doa mereka.


Ketika dihubungi, Cik Diana berkata badan Stay Positive SG telah mendekatinya menerusi Facebook sekitar seminggu setelah suaminya meninggal dunia.


Beliau berkata badan tersebut menawarkan usaha mengumpul derma bagi keluarganya dan membuat video agar beliau dapat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua.


Video tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada Berita Harian.


"Saya rasa perlu untuk memberitahu kepada semua bahawa saya berterima kasih atas bantuan mereka. Video ini adalah cara bagi saya melahirkan rasa terima kasih secara ikhlas kepada semua," katanya, seorang pegawai Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).


Video tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada Berita Harian.


Beliau menambah lebih 100 orang telah tampil untuk memberi pertolongan sejak suaminynya meninggal dunia.


Menyentuh tentang Ramadan pula, Cik Diana berkata beliau berasa sunyi menyambut bulan suci ini tanpa suaminya di sisi.


Beliau rindu akan saat mengejut suaminya untuk bangun sahur dan menghidangkan juadah.


"Ini pertama kali saya sambut Ramadan tanpa suami. Saya akan cuba fokus pada amal ibadah dan fokus untuk teruskan kehidupan supaya saya menjadi lebih kuat untuk bayi saya," katanya, yang mendirikan rumahtangga bersama arwah suami pada 2011.


Kongsi kisah Ramadan atau Hari Raya anda dengan Berita Harian menggunakan hashtag #ramadanBHSG di Twitter dan Instagram.


Anda juga boleh mengirimkan mesej kepada kami di facebook.com/BeritaHarianSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >