MELANGKAH ke tahun baru dengan penuh semangat waja.
Itulah yang dipaparkan Pasukan Polis Singapura (SPF) menerusi sebuah video muzikal dinamik dan bertenaga.
Pancaragam SPF mempersembahkan lagu popular boyband Korea, BTS, Dynamite, dalam klip video yang dimuat naik ke laman Facebook SPF semalam.
Sekitar petang semalam, ia telah mendapat lebih 550 'Likes' dan hampir 200 perkongsian di Facebook.
Dalam catatannya, SPF mengucapkan terima kasih atas sokongan kuat yang diberikan kepadanya sepanjang tahun lalu dan mengalu-alukan perkongsian berterusan pada 2022 untuk memastikan Singapura kekal selamat.