Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video papar pasangan pukul lelaki: Polis siasat

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat satu rakaman video di Facebook yang menunjukkan satu pasangan memukul dua lelaki di sebuah flat satu bilik di tingkat bawah di Spooner Road.



Video lapan minit yang dimuat naik Selasa lalu itu menunjukkan pasangan tersebut menggunakan pelbagai barangan termasuk buluh, semasa memukul kededua lelaki itu berulang kali.



Rakaman dan pos di laman Facebook Mat Bawang itu telah dikongsi lebih 1,400 kali.



Sehingga kelmarin, ia menerima lebih 150 komen, lapor The New Paper (TNP).



Dalam rakaman itu, salah seorang mangsa dilihat melarikan diri, manakala seorang lagi dibelasah pasangan tersebut sekitar dua minit.



Lelaki itu dipukul dengan buluh dan barang-barang lain. Pada satu ketika, kepalanya dihantukkan ke alas lengan (armrest) kayu sofa.



Dalam rakaman itu, pasangan tersebut kelihatan terus menendang, menumbuk dan mengoyakkan baju lelaki berkenaan, menyebabkan beliau terjerit-jerit dan meminta mereka berhenti melakukannya.



Lelaki itu kemudian dapat melarikan diri menerusi pintu belakang flat tersebut. Pasangan itu cuba mengejar tetapi gagal menangkapnya.



Beberapa anggota keluarga yang tidak mahu dinamakan berkata wanita dalam video tersebut seorang penganggur berusia 35 tahun.



Menurut mereka, video itu dirakam pada Sabtu malam lalu dan insiden tersebut berlaku selepas wanita berkenaan mengadakan rumah terbuka.



Salah seorang lelaki yang dipukul dalam video itu turut hadir dengan beberapa orang lain.



Menurut anggota keluarga itu, kededua lelaki tersebut dan pasangan itu sebelum ini berkawan.



Anak perempuan wanita itu, yang namanya tidak boleh disiarkan, berkata ibunya tidak ada di rumah apabila dia sedar pagi kelmarin dan tidak dapat dihubungi.



Polis bagaimanapun tidak dapat memberi komen mengenai video itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >