Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video penduduk kondo marahi pegawai keselamatan atas isu letak kereta dapat perhatian

Oct 27, 2019 | 06:04 PM



SATU video yang menunjukkan seorang lelaki memaki pegawai keselamatan kondominium telah menarik perhatian dalam talian sejak ia dimuat naik di Youtube kelmarin (25 Oktober). 



Lelaki itu, yang dikenali sebagai ‘Ramesh’, meluahkan perasaan marahnya kepada pegawai keselamatan bertugas di kondonya apabila diberitahu tetamunya perlu membayar $10 untuk bayaran letak kereta dalam kawasan kondo itu, sambil berkata dia membeli kondonya pada harga $1.5 juta, lapor The Straits Times.



Semalam (26 Oktober), dua persatuan agensi keselamatan mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai insiden tersebut, manakala pegawai keselamatan terbabit membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.



Sejak video itu dimuat naik di YouTube kelmarin (25 Oktober), ia telah menerima lebih daripada 3,000 tontonan.



Pengguna Internet mengutuk lelaki tersebut kerana bersikap tidak sopan kepada pegawai keselamatan.



Akhbar The Straits Times cuba menghubungi lelaki dalam video itu, tetapi panggilannya terus ke khidmat pesanan bersuara (voice mail).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >