Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video perekrutan ISIS pertama papar anggota militan yang mengaku asal Singapura muncul

Sep 24, 2017 | 05:38 PM



VIDEO perekrutan ISIS pertama yang diketahui memaparkan seorang anggota militan yang mengaku berasal dari Singapura muncul di media sosial.

 

Video itu dikeluarkan oleh Al Hayat Media Centre, sayap media kumpulan pengganas ISIS dan dikongsi oleh mereka yang bersimpati dengan kumpulan itu dari Asia Tenggara.

 

Ia menunjukkan seorang individu yang dikenali sebagai “Abu ‘Uqayl dari Singapura.” 



Dalam video tiga minit 30 saat itu, sekumpulan tiga anggota militan termasuk Abu ‘Uqayl, sedang memuatkan artileri ke dalam trak di kawasan yang dipercayai wilayah ISIS di Timur Tengah. 



Laman media sosial SMRT Feedback dan observer+ merupakan antara yang pertama untuk memberikan maklumat mengenai video tersebut.



Ia dipercayai sebahagian daripada siri video yang berjudul Di dalam Pemerintahan Khalifah. 



Video siri tersebut yang tersebar sebelum ini cuba merayu kepada umat Islam di Asia Tenggara untuk berhijrah ke Marawi di selatan Filipina untuk berjuang demi ISIS. 



Bercakap di hadapan kamera dalam bahasa Inggeris, Abu ‘Uqayl memuji pejuang militan di “Asia Timur”- termasuk Asia Tenggara- dan menyeru mereka untuk “mengorbankan semua yang berharga.” 



Beliau kemudian menggesa ekstremis lain untuk menyertai pejuang militan Asia Timur atau pergi ke Timur Tengah untuk bertarung dengan anggota ISIS di sanan.



Menurut akhbar The Straits Times, Kementerian Ehwal Dalam Negeri telah dihubungi untuk memberikan komen. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >