Video seks pegawai SCDF wanita tersebar dalam talian

POLIS sedang menyiasat siri video seks yang disebarkan dalam talian bulan lalu. 

Beberapa klip tersebut- kebanyakannya sekitar seminit- memaparkan seorang wanita berpakaian seragam pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Menurut jurucakap SCDF, pegawai tersebut telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis, dan kini mereka sedang memberikannya sokongan kaunseling. 

“SCDF sedar terdapat beberapa video peribadi pegawai wanita yang disebarkan dalam talian,” katanya. 

“Siasatan polis kini sedang dijalankan, jadi kami tidak dapat memberikan komen lanjut.” 

Maklumat dan tajuk video tersebut yang dimuatnaik ke forum seks dan laman pornografik menyebut tentang SCDF dan juga butiran pegawai tersebut. 

Wanita itu dikenalpasti dalam video kerana wajahnya dapat dilihat dengan jelas. 

Beberapa klip video itu sudah pun dipadamkan. 

Video tersebut disyaki dicuri dan dimuatnaik oleh bekas pasangannya.