Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video terbitan BH papar perjalanan seni Rahimah Rahim

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



KEJAYAAN seorang artis tidak hanya terletak kepada kerja kerasnya, lebih daripada itu ialah bagaimana dia berkongsi peluang-peluang keemasan untuk sama-sama berkembang dalam bidang yang diceburi.



Personaliti tempatan Najip Ali berkata, peluang itulah yang telah banyak kali beliau nikmati menerusi kerjasama dengan biduanita, Rahimah Rahim, sehingga membantunya mengasah kreativiti.



"Sejak muda dulu, Rahimah banyak beri peluang keemasan untuk bekerja dengannya, dari mula saya berjinak-jinak dalam industri sehinggalah ketika beliau meminta saya menerbitkan konsertnya tidak lama dulu.



"Dalam mengendalikan projek, beliau membenarkan saya menggunakan idea-idea gila saya. Rahimah adalah seorang yang besar hati. Beliau terbuka kepada idea baru untuk meneruskan perjuangan dan berkeksperimen dengan sesuatu yang baru.



"Kerana itu saya terhutang budi dengan Rahimah," kata Najip, penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen yang telah bekerjasama dengan penyanyi itu sejak era remaja.



Pandangan Najip merupakan antara yang dikongsi dalam video ringkas yang merakamkan perjalanan Rahimah sebagai anak seni, berjudul "Perjuangan enam dekad biduanita Rahimah Rahim".



Ia juga adalah sebagai penghormatan sempena pengiktirafan beliau sebagai penerima Pingat Budaya yang ditadbir Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan telah disampaikan Presiden Halimah Yacob pada 24 November di Istana.



Video yang terbitkan untuk wadah digital Beritahatian.sg termasuk di Facebook dan Instagram diterbitkan oleh Penolong Kepada Editor, Hanim Mohd Saleh, dengan kerjasama wartawan, Muhammad Fakhruradzi Ismail, sebagai juruvideo dan Hazirah Nurfitrah sebagai penyunting.



Wawancara telah berlangsung di bilik pameran Our Cultural Medallion Story di The Art House, dengan kerjasama Art House Limited.



Dalam video itu, Rahimah telah berkongsi perjalanan seni yang bermula dengan pengaruh bapanya, Allahyarham Rahim Hamid yang terkenal sebagai penyanyi jaz Singapura 1970-an dan ibunya, seniwati Mariam Baharom, pelakon filem dari era Cathay Keris.



Beliau juga mengimbas pengalaman bekerja dengan pelbagai individu dalam industri muzik, bagaimana beliau dilihat sebagai pencetus trend terutama dari segi fesyen, sumbangannya dalam masyarakat seperti menyokong kempen-kempen nasional dan bagaimana beliau terus kekal relevan dalam dunia digital.



Turut berkongsi pandangan dalam video ini ialah penyanyi era lebih muda, Rudy Djoharnaen, antara yang terlibat dalam mengusulkan nama Rahimah sebagai penerima Pingat Budaya tahun ini.



Ikuti video ini dengan mengimbas kod QR di bawah.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >