Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video warga Asia Selatan di Lapangan Terbang Changi: MOT keluarkan arahan pembetulan Pofma ke atas laman Singapore Incidents

May 07, 2021 | 08:50 PM



KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) pada Jumaat (7 Mei) telah mengeluarkan Arahan Pembetulan ke atas laman media sosial yang baru-baru ini telah menyebarkan video sekumpulan besar pelawat warga Asia Selatan yang dikatakannya tiba di Lapangan Terbang Changi meskipun sekatan perjalanan dari negara-negara di Asia Selatan sedang berkuat kuasa. 



Arahan Pembetulan itu telah diberikan kepada laman Facebook dan Instagram, "Singapore Incidents," yang telah muat naik video berkenaan, kata MOT dalam kenyataannya.



Menteri Pengangkutan Encik Ong Ye Kung, telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan Arahan Pembentulan itu, menurut kenyataan MOT.



Dalam kenyataan tersebut, MOT berkata video yang dimuat naik pada 5 Mei itu mempunyai tanda yang menyatakan tarikh 5 Mei dan lokasi sebagai Lapangan Terbang Changi.



MOT berkata jam dalam video itu menunjukkan masa 2.53 petang, tetapi tiada penerbangan dari India, Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka tiba di Lapangan Terbang Changi antara 8 pagi dengan 3.30 petang pada 5 Mei.



Menambah, ia berkata penumpang dilihat melintasi dinding sementara di Terminal Satu dalam video, dan dinding itu, yang digunakan bagi tujuan ubah elok, telah diturunkan pada 5 April.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah menekankan perkara serupa mengenai video itu pada hari sebelumnya.



MOT berkata, sejak 11.59 petang pada 23 April, pemegang pas lawatan jangka panjang dan pelawat jangka pendek ke sini yang pernah pergi ke India baru-baru ini tidak dibenarkan transit di sini atau memasuki Singapura. Bermula 11.59 malam pada 1 Mei langkah ini dilanjutkan kepada pelawat yang baru-baru ini pergi ke Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.



"Meskipun ada penerbangan penumpang yang tiba di Singapura dari Asia Selatan, penerbangan ini membawa warga Singapura dan penduduk tetap yang kembali dari sana; kargo, atau sedang dalam perjalanan untuk membawa penumpang pulang ke Asia Selatan," kata MOT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >