VIDEO yang dimuat naik Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke tentang Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar mengandungi beberapa kenyataan tidak tepat, kata Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan.
Dalam video sekitar 90 saat yang dimuat naik di laman Facebook beliau, Encik Loke berkata pelabuhan Pasir Gudang akan menghadapi risiko lebih tinggi disebabkan had ketinggian yang Singapura ingin tetapkan bagi ILS Seletar.