VIETNAM dan Singapura merancang untuk melancarkan laluan hijau bagi perniagaan dan pelancongan rasmi mulai tahun depan.
Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Chee Wee Kiong dan Naib Menteri Ehwal Luar Vietnam, Encik Nguyen Quoc Dung, bersetuju untuk menyimpulkan perbincangan berkaitan aturan laluan hijau tersebut dan meneruskan penerbangan komersial antara dua negara itu, menurut kenyataan MFA pada Selasa (15 Dis).
Singapura merupakan antara negara pertama yang akan meneruskan urusan perniagaan penting dan pelancongan rasmi dengan Vietnam.
Kededua pihak bersetuju untuk mempertingkat kerjasama dalam menangani kesan pandemik Covid-19 dengan meneruskan keterhubungan melalui udara serta rangkaian bekalan.