Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Violet Oon minta maaf kerana beri gelaran Nasi Ambeng 'Nyonya'

Jun 04, 2020 | 11:20 AM



RESTORAN Violet Oon meminta maaf setelah melancarkan Nasi Ambeng yang dipanggil Dulang Nasi Ambeng Nyonya dan akur telah menyalah guna hidangan Jawa itu dengan menyatakan ia hidangan Nyonya.



"Kami tidak peka bila menggunakan nama sebuah hidangan simbolik sebagai interpretasi Nyonya dan gagal menyampaikan atau mengakui asal-usul dan makna yang kaya di sebalik Nasi Ambeng yang berasal dari Jawa, Indonesia.



"Sebagai jenama yang berdedikasi untuk meneroka budaya makanan yang kaya dan pelbagai di Asia Tenggara, kami gagal  kerana menerapkan elemen budaya lain kepada budaya lain bagi hidangan ini," tulis Violet Oon Singapore di pos yang dimuatnaik ke Facebook dan Instagram.



Restoran itu meminta maaf kerana menyebabkan sebarang kekecewaan, kemarahan atau orang tersinggung disebabkan hal demikian dan akan menukar nama hidangan itu kepada Dulang Keluarga.



⁣⁣⁣Mereka turut berterima kasih kepada mereka yang telah tampil untuk menjelaskan makna di sebalik Nasi Ambeng.



"Kedepannya, kami akan terus belajar daripada perkara ini dan akan lebih peka bahawa hidangan kami mencerminkan dan menghormati asal-usulnya dengan betul. Kami komited untuk menerima teguran ini dan berusaha keras untuk menjadi lebih baik," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >