Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan: Cuci tangan dengan sabun lebih baik daripada pembersih tangan atau tisu basah

Jan 30, 2020 | 07:43 PM



BOLEHKAN pembersih tangan (sanitiser) melindungi anda daripada virus Wuhan? Bagaimana pula tentang tisu basah antiseptik?



Cara yang terbaik sebenarnya adalah mencuci tangan menggunakan air dan sabun, kata pakar kanan penyakit berjangkit di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Dr Kalisvar Marimuthu. 



Air dan sabun mengurangkan jumlah semua jenis kuman di tangan anda. 



Oleh itu, dengan sentiasa mencucinya, anda boleh memastikan tangan anda bersih. 



Tetapi jika anda tidak mempunyai akses kepada air dan sabun, alternatif yang baik ialah pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol. 



Untuk memastikan ia berkesan, anda harus menggunakan jumlah yang mencukupi supaya ia meliputi tangan anda. 



Sapukan pembersih itu ke tangan anda selama sekitar 20 saat, dan biarkan ia kering secara natural. Jangan kesat tangan anda untuk mengeringkannya. 



Pembersih tangan yang mempunyai kandungan alkohol 60 peratus hingga 95 peratus lebih berkesan berbanding pembersih yang mengandungi kurang alkohol atau tidak mengandungi alkohol langsung, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika. 



Pusat itu juga mengatakan bahawa air dan sabun adalah cara yang lebih baik sebab pembersih tangan tidak dapat menghapuskan semua jenis kuman.



Bagi keberkesanan tisu basah antiseptik pula, Dr Marimuthu berkata ia sepatutnya digunakan bagi membersih permukaan sekitaran dan bukan untuk tangan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >