Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan: Lima perkara tentang pengambilan pelitup percuma mulai 1 Feb

Jan 30, 2020 | 06:30 PM



DENGAN 10 kes koronavirus Wuhan yang telah disahkan di Singapura, pemerintah telah mengumumkan pada Khamis (30 Januari) bahawa lebih 5 juta pelitup akan diberikan kepada semua isi rumah di Singapura dalam usahanya mencegah penularan virus tersebut.



Berikut adalah lima perkara yang perlu anda ketahui tentang cara mengambil pelitup muka yang diberi secara percuma.



 



1) SIAPAKAH YANG AKAN MENDAPAT PELITUP INI?



Pemerintah akan memberikan empat pelitup muka kepada setiap daripada 1.3 juta isi rumah di Singapura.



Semua keluarga tempatan di estet perumahan awam dan privet layak menerima pelitup muka tersebut.



Ini merupakan langkah sekali sahaja oleh pemerintah.



 



2) BILA PELITUP MULA DIEDAR?



Pelitup akan diedarkan secara berperingkat bermula 1 Februari, mengikut pelan pengagihan setiap kawasan pilihan raya. Ia dijangka berakhir pada 9 Februari. 



Penduduk estet perumahan awam dan privet boleh mengambil pelitup Sabtu ini (1 Februari) bermula 2 petang hingga 10 malam, dan 10 pagi hingga 9 malam dari Ahad ini (2 Februari) hingga 9 Februari.



Keutamaan akan diberikan kepada kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang lebih mudah terjejas, dan blok sewa serta penduduk Generasi Perintis.



 



3) DI MANAKAH PELITUP INI BOLEH DIAMBIL?



Penduduk estet perumahan awam boleh mengambilnya dari salah satu daripada 654 pusat jawatankuasa penduduk (RC) mulai Sabtu ini hingga Rabu (5 Februari). Selepas itu, orang ramai boleh mengambilnya di 89 Kelab Masyarakat (CC).



Mereka yang tinggal di estet perumahan swasta juga boleh mengambilnya dari CC berdekatan rumah mereka.



 



4) APA YANG PERLU ANDA BAWA?



Mereka yang mengambil pelitup tersebut perlu membawa kad pengenalan mereka bagi mengesahkan alamat rumah. 



 



5) DI MANA BOLEH ANDA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG PROSES PENGEDARAN PELITUP INI?



Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari papan notis dan panel digital yang terdapat di RC, serta platform media sosial tentang tempat dan masa untuk mengambil pelitup muka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >