Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Virus Wuhan: MFA hubungi 35 warga Singapura di Wuhan, semua dalam keadaan sihat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Virus Wuhan: MFA hubungi 35 warga Singapura di Wuhan, semua dalam keadaan sihat

Jan 25, 2020 | 01:31 PM

 

SERAMAI 35 warga Singapura di Wuhan telah dihubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.

Mereka semua dalam keadaan sihat, kata MFA dalam satu kenyataan Sabtu ini (25 Januari).

Semua warga Singapura yang kini berada di China dinasihati mendaftar dengan MFA supaya mereka dapat menerima maklumat terkini dan bantuan konsular jika perlu, tambah kementerian itu.

Warga Singapura digesa agar mengelak daripada melawat wilayah Hubei di China, termasuk ibu kotanya, Wuhan, di mana asalnya wabak virus yang telah membunuh lebih 40 orang dari bandar tersebut.

Virus itu, yang kali pertama dilaporkan sekitar Disember lalu, juga telah dijangkiti lebih 1,200 orang.

Singapura mengesahkan kes pertamanya pada Khamis lalu dan dua lagi kes pada Jumaat lalu, membawa jumlahnya kepada tiga kes.

Kes virus yang disyaki dan disahkan juga telah tersebar ke Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Macau, Thailand, Vietnam, Eropah dan Amerika Syarikat.

MFA dalam kenyataannya berkata warga Singapura dinasihati untuk sentiasa memeriksa laman web Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai virus itu. Mereka juga dinasihati untuk memeriksa laman web Komisyen Kesihatan Nasional PRC dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terus kemaskini mengenai keadaan virus di China.

Warga Singapura di China yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Beijing, Consulate-General kedutaan itu di China atau pejabat tugas MFA, tambah kementerian itu. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3