MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan irsyad (panduan) agama berkaitan mengawal penularan koronavirus di Singapura pada petang Khamis (30 Januari).
Irysad itu mengemukakan beberapa langkah yang perlu ditimbangkan oleh setiap Muslim di Singapura.
Terdapat tiga langkah yang diutarakan Muis termasuk mengambil langkah berjaga-jaga, menjauhi tempat-tempat awam sekiranya kurang sihat dan memantau perkembangan terkini melalui sumber yang sahih.
“Bagi menghadapi situasi ini, masyarakat Islam Singapura mempunyai peranan penting untuk memastikan keadaan dapat terus dikawal serta penularan dapat dibendung,” tambah Muis dalam kenyataannya.
Baca irsyad penuh di sini: https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Irsyad/Irsyad-Berkaitan-Mengawal-Penularan-Virus-Korona