Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Virus Wuhan: Pengawal Harga S'pura mahu kedai di 313@Somerset jelaskan sebab jual pelitup pada harga lebih tinggi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Virus Wuhan: Pengawal Harga S'pura mahu kedai di 313@Somerset jelaskan sebab jual pelitup pada harga lebih tinggi

Jan 30, 2020 | 08:45 PM

PENGAWAL harga pemerintah telah mengeluarkan surat amaran kepada peruncit Deen Express setelah aduan daripada orang ramai yang mengatakan kedai itu dan penjual lain, telah mengambil kesempatan terhadap keadaan virus Wuhan dengan menjual pelitup pada harga lebih tinggi untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya pada Khamis (30 Januari) berkata kedai yang terletak di pusat membeli-belah 313@Somerset, perlu menjelaskan kepada Pengawal Harga sebab menjual pelitup pada harga sedemikian.

Ini termasuk harga kos dan margin keuntungan kedai itu. 

Satu paket yang mengandungi 10 pelitup selalunya berharga sekitar $5 hingga $20 manakala harga pelitup N95 adalah $40. 

Namun, pelitup yang dijual di kedai Deen Express dikatakan dijual pada harga yang lebih tinggi.

MTI berkata ia akan menggunakan maklumat ini untuk mempertimbangkan sama ada ia perlu mengambil tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Harga. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3