Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan: Penumpang Scoot dalam penerbangan S’pura ke China dibawa jalani pemeriksaan lanjut, semua penumpang diasingkan

Jan 25, 2020 | 02:52 PM



 



 



SEORANG penumpang dalam penerbangan Scoot - syarikat penerbangan bajet Singapura Airlines - yang berlepas dari Singapura ke China semalam telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan lanjut, dalam usaha pihak berkuasa untuk mencegah penularan virus Wuhan. 



Dalam kenyataannya pada Sabtu (25 Januari), jurucakap Scoot berkata seorang penumpang dalam penerbangan TR 188 telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan darah lanjut selepas pesawat itu mendarat di Hangzhou, China pada Jumaat lalu.



Semua 314 penumpang dalam penerbangan itu telah diasingkan di lapangan terbang sehingga keputusan pemeriksaan darah mereka diterima.



Jumlah warga Singapura di dalam penerbangan itu tidak diketahui.



Apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou, semua penumpang dalam penerbangan dikehendaki menjalani “pemeriksaan kesihatan yang dipertingkatkan” kata Scoot, yang menambah bahawa penumpang dibawa untuk pemeriksaan darah juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut. 



Sedang anak kapal penerbangan TR 188 telah diasingkan, kapal terbang itu telah kembali ke Singapura selepas ia dibersihkan, tambah jurucakap Scoot.



Menjawab pertanyaan media, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata ia akan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam penerbangan TR 188. 



“Penguasa Penerbangan Awam Singapura dan Changi Airport Group akan bekerjasama dengan Scoot dan pihak berkuasa berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada penumpang dan anak kapal yang terjejas,” kata Pengarah Agung CAAS, Encik Kevin Shum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >