Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan tidak hambat pembukaan tiga stesen TEL: Khaw

Jan 31, 2020 | 05:30 AM



VIRUS Wuhan tidak akan menghentikan pembukaan tiga stesen MRT - Woodlands South, Woodlands dan Woodlands North - di bawah fasa pertama Laluan Thomson-East Coast (TEL1) yang dijadual dibuka hari ini, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.



"Kakitangan telah bekerja gigih sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina, berlatar belakang penularan virus untuk menyelesaikan pemeriksaan keselamatan sebelum kami memulakan operasi.



"Saya gembira memaklumkan semuanya sudah sedia untuk (pembukaan) esok (hari ini)!" ujarnya.



Beliau berkata demikian dalam satu pos di Facebook semalam selepas mengadakan lawatan ke stesen MRT Woodlands South.



Lawatan itu diadakan menjelang pembukaan stesen MRT itu dan dua lagi stesen - Woodlands North dan Woodlands - di laluan TEL yang dijadual mula operasi hari ini.



Encik Khaw turut ditemani kakitangan dan pemimpin agama daripada tiga rumah ibadah semasa lawatannya itu.



Ini termasuk wakil daripada kuil BW Monastery, gereja Covenant Evangelical Free Church dan Masjid Yusof Ishak.



Kesemua rumah ibadah tersebut terletak berhampiran dengan stesen MRT Woodlands South.



Oleh itu, infrastruktur stesen MRT tersebut direka mengikut keperluan berbeza masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di daerah itu.



Menurut laman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), terdapat dua laluan berbumbung di pintu keluar 'Exit 4' yang menuju ke arah Masjid Yusof Ishak dan 'Exit 2' yang menuju ke arah gereja Covenant Evangelical Free Church.



Selain itu, terdapat juga pameran seni karya Art in Transit hasil 50 penduduk yang tinggal di kawasan stesen MRT Woodlands South, yang merupakan inisiatif yang dimulakan pada 2013.



Inisiatif itu bertujuan memaparkan impian golongan individu tersebut bagi 10 tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >