Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan: Tiga lagi kes dari Wuhan; jumlah di S'pura kini 13

Jan 30, 2020 | 09:44 PM




TIGA lagi kes koronavirus Wuhan telah disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) sehingga 2 petang Khamis (30 Januari), membawa jumlah kes jangkitan koronavirus itu kepada 13 kes di Singapura. 



Dalam kenyataannya pada malam Khamis, MOH berkata: “Kes-kes baru ini berada dalam keadaan stabil dan kami sedang terus memantau kesihatan mereka. 10 kes yang disahkan sebelum ini, tiada yang sakit teruk. Semua berada dalam keadaan stabil, dan keadaan kebanyakan mereka semakin memperbaiki.” 





Kes ke-11 Singapura adalah seorang wanita China berusia 31 tahun asal Wuhan yang tiba di Singapura pada 22 Januari lalu. 



Beliau merupakan rakan perjalanan kes Singapura yang keempat.



Beliau kini ditempatkan di bilik pengasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Seorang wanita China berusia 37 tahun dari Wuhan disahkan sebagai kes ke-12.



Wanita ini tiba di Singapura dengan keluarganya pada 22 Januari. 



Beliau juga kini ditempatkan di bilik pengasingan di NCID.



MOH berkata beliau tidak menunjukkan sebarang simptom semasa penerbangannya ke Singapura. 



Beliau kemudian mengalami simptom pada 26 Januari dan menaiki teksi untuk ke Hospital Tan Tock Seng pada 29 Januari.



Sebelum kemasukannya ke hospital, pesakit telah menetap di Hotel Village Sentosa, Hotel 81 Princess dan Hotel Home Suite View.



Beliau telah melawat Orchard Road dan Geylang, dan telah ke tempat berkenaan dengan menaiki teksi.



Kes ke-13 merupakan seorang wanita China berusia 73 tahun yang tiba ke Singapura dari Wuhan dengan keluarganya pada 21 Januari. 



Beliau diuji positif menghidap jangkitan koronavirus pada Khamis ini pada sekitar 2 petang.



Pesakit kini diwadkan di bilik pengasingan di NCID dan berada dalam keadaan stabil.



MOH menambah ia telah menjalankan siasatan epidemiologi (epidemiological investigations) dan mengenal pasti individu yang telah berhubungan dekat dengan kes ini.




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >