Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan: Usah sebarkan berita palsu, gesa Presiden Halimah

Jan 29, 2020 | 09:28 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah menggesa agar warga Singapura berhenti menyebarkan maklumat palsu dan khabar angin sedang wabak Wuhan bertambah buruk di seluruh dunia.



Dalam satu pos di Facebook, Puan Halimah turut menyeru agar warga Singapura kekal tenang dan memberi jaminan bahawa pemerintah melakukan yang terbaik yang mampu untuk mengekang penyebaran virus tersebut demi melindungi rakyat.



"Hospital dan kakitangan perubatan kami berada di bawah tekanan hebat untuk mempersiapkan diri seandainya keadaan bertambah buruk," tulis beliau.



"Tapi mereka tidak boleh melakukan banyak tanpa sokongan kita semua dalam usaha memastikan semua orang selamat," tambahnya.



Antara cara orang ramai boleh membantu usaha pemerintah dalam mengawal virus Wuhan daripada merebak ialah "jangan menyebarkan kepalsuan, salah tanggap dan khabar angin yang boleh menyebabkan kekeliruan, panik dan kemarahan", kata Puan Halimah.



"Ini akan mengganggu agensi yang melawan virus ini dan mengalihkan perhatian dari tugas kritikal sedia ada," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >