Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SARANAN JAWATANKUASA ASATIZAH MASA DEPAN

Visi asatizah masa depan: Sebagai pemimpin agama, karyawan dan contoh teladan

Feb 25, 2020 | 05:30 AM



PERANAN utama asatizah sebagai pemimpin, karyawan dan contoh teladan amat penting bagi menjamin kesejahteraan, kejayaan dan perpaduan masyarakat Islam, dan masyarakat Singapura yang lebih besar.



Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) Dr Mohd Maliki Osman berkata peranan sedemikian adalah penting bukan hanya dalam masa-masa damai, tetapi pada masa krisis dan konflik.



Sebagai contoh, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ketika Singapura terpaksa menangani penularan wabak koronavirus (CoVid-19), asatizah telah tampil memainkan peranan sedemikian.



Dr Maliki berkata demikian semasa berucap di majlis menjunjung budi anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) di Masjid Yusof Ishak semalam.



Dalam ucapan itu beliau turut membentangkan laporan dan saranan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa). Laporan itu juga mengandungi tiga visi bagi asatizah masa depan.



Dr Maliki, yang juga pengerusi Cofa, berkata visi pertama asatizah ialah menyediakan kepimpinan agama.



Memberikan contoh semasa penularan koronavirus, irsyad (panduan agama) yang dikeluarkan Pejabat Mufti membolehkan masyarakat Islam mengambil langkah pencegahan dan mengelak daripada meluahkan sentimen antiwarga asing.



Kedua, sebagai karyawan, asatizah bukan sahaja perlu mengikuti perkembangan isu semasa termasuk perubatan dan sains, bahkan juga perlukan kemahiran menjelaskan isu sedemikian kepada masyarakat.



"Mereka (asatizah) wajar menjadi lambang pembelajaran sepanjang hayat, sentiasa bersedia memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru bagi menambah nilai kepada tugas mereka dan juga kepada masyarakat," kata Dr Maliki.



Visi ketiga, asatizah juga perlu menjadi contoh teladan, kepada jemaah mereka.



Misalnya Pegawai Agama Masjid sering menerajui ussaha memperjuangkan kegiatan persepaduan masyarakat, keihsanan dan mengeratkan hubungan.



Sebagai pemimpin, karyawan dan contoh teladan, asatizah juga telah membantu membimbing masyarakat Islam menangani penularan CoVid-19 kata Dr Maliki.



Beliau menambah, di luar cabaran masa kini, terdapat juga banyak cabaran yang boleh muncul di masa depan.



Isu-isu baru dan rumit boleh muncul di masa depan dalam bidang seperti sains bioperubatan, ehwal Internet dan juga sosial.



Sebagai contoh, memandangkan isu penduduk yang semakin tua, umat Islam Singapura meungkin mengharapkan asatizah supaya memberi sokongan menangani isu penjagaan jangka panjang untuk warga tua yang berpenyakit kronik.



Untuk membimbing masyarakat Dr Maliki berpendapat golongan asatizah bukan hanya perlu mendalami pengetahuan agama bahkan mempunyai pemahaman baik dalam bidang psikologi.



"Permintaan mendapatkan panduan mengenai soalan-soalan agama dan etika di teknologi baru juga dijangka meningkat. Asatizah masa depan akan diperlukan untuk menghuraikan isu bioperubatan, produk teknologi kewangan, makanan baru di masa depan, yang akan memberi kesan kepada kehidupan sosio-keagamaan masyarakat," ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >