Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Asean giat berusaha tingkat kemajuan dalam pelbagai sektor ekon

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



NEGARA-NEGARA Asean sedang giat berusaha meningkatkan kemajuan dan kerjasama dalam ekonomi digital, ekonomi hijau, dan ekonomi biru dalam kalangan anggotanya untuk mencapai potensi lebih besar bagi blok serantau itu.



Ini termasuk meningkatkan kesambungan bidang ekonomi itu demi memastikan, antaranya, aliran perdagangan lebih lancar, pengeluaran karbon yang berkurangan serta penggunaan sumber tenaga yang lebih mampan.



Demikian dinyatakan Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semasa bercakap kepada media selepas menghadiri Rahat Menteri Luar Asean di Jakarta semalam. (4 Feb)



Mengenai Myanmar, beliau menegaskan bahawa Asean amat bersatu dan mempunyai hasrat sama dalam mengesahkan dan mahu pelaksanaan konsensus lima perkara yang telah diterima pakai pemimpin Asean pada April 2021 untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.



Ini walaupun ada sebilangan anggota yang mempunyai kebimbangan dan keprihatinan berbeza terhadap krisis yang berterusan dan keadaan tidak stabil di negara itu.



Asean tegas kepentingan konsensus lima perkara dalam isu Myanmar



Mengenai usaha mencipta peluang bagi rakyat dan perniagaan di Asean dalam ekonomi digital, hijau dan biru, Dr Vivian Balakrishnan berkata perkara itu merupakan perkara selanjutnya yang diberi tumpuan oleh Asean.



Rantau ini adalah kawasan dinamik dengan lebih 600 juta orang, dengan 60 peratus penduduk Asean berusia di bawah 35 tahun.



"Gabungan GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) Asean adalah AS$3 trilion ($3.97 trilion) dan ini dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua dekad akan datang.



"Jika kita berjaya, Asean secara keseluruhannya akan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia. Pokoknya, kita bermula dengan potensi yang amat besar," ujarnya.



Mengenai kerjasama ekonomi digital, Dr Balakrishnan berkata ini termasuk mempertingkat kecelikan digital dalam kalangan penduduk Asean.



Selanjutnya, dipertingkatkan kesambungan digital antara negara untuk membolehkan aliran data merentasi sempadan, yang merupakan elemen penting dalam ekonomi digital.



Beliau menekankan bahawa Singapura akan bekerjasama dengan Indonesia, selaku pengerusi Asean tahun ini, dan anggota Asean lain untuk mewujudkan peluang bagi rakyat dan perniagaan dalam ekonomi digital, hijau dan biru itu.



Menyentuh isu Myanmar pula, Dr Balakrishnan berkata perkara itu dibincangkan secara meluas di Rahat Menteri Luar Asean di Jakarta.



Malangnya, keadaan di negara itu menjadi lebih buruk, menurut laporan di lapangan.



Dalam kalangan anggota Asean, katanya, mereka menegaskan semula kepentingan melaksanakan konsensus lima perkara yang dipersetujui pemimpin Asean pada April 2001.



"Saya tekankan bahawa tidak akan ada penyelesaian melainkan ada percubaan jujur bagi perdamaian nasional untuk menghentikan keganasan, tahanan politik dibebaskan khususnya presiden Myanmar, Encik U Win Myint, dan Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi, yang penting demi perdamaian nasional di kalangan semua pihak berkepentingan," ujarnya.



Selain itu, Dr Balakrishnan juga menarik perhatian tentang kehadiran kali pertama Timor-Leste sebagai pemerhati dalam mesyuarat itu dan menegaskan sokongan berterusan Singapura dalam persiapan negara itu untuk menyertai Asean sebagai anggota penuh.



Beliau turut menyentuh tentang persaingan kuasa besar Amerika Syarikat-China dan berharap agar Asean dilihat kepada meritnya dan bukan sebagai arena proksi bagi persaingan dua negara itu.



Anggota Asean, katanya, lebih berminat dalam perdagangan dan pelaburan, sekali gus berharap dua negara kuasa besar itu dan ekonomi besar lain untuk melihat rantau ini sebagai arena untuk melakukan perdagangan dan pelaburan mereka.



Mesyuarat menteri Asean di Jakarta itu merupakan kali pertama diadakan di bawah pengerusi Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >