Vivian bakal beri kenyataan berkaitan rundingan Singapura-Malaysia semasa Parlimen Isnin

HUBUNGAN antara Singapura dan Malaysia akan menjadi tumpuan utama perbincangan di sesi parlimen pertama tahun ini Isnin depan, apabila Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dijangka memberi kenyataan. 

Tujuh Anggota Parlimen (AP) dan dua AP Dilantik (NMP) telah memfailkan soalan berkaitan perselisihan yang masih berlangsung antara dua negara itu berkenaan ruang udara dan sempadan maritim bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan tersebut serta rancangan Singapura berkaitan isu itu. 

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan di Singapura Selasa lalu,  Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah menekankan keperluan untuk meredakan keadaan untuk memastikan terdapat ruang untuk membincangkan perkara tersebut. 

Kededua menteri juga berkata bahawa menteri pengangkutan dari kededua negara bakal bertemu untuk berbincang dan “memastikan keselamatan dan keberkesanan penerbangan sivil.” 

Berkaitan isu maritim, kededua menteri tersebut berkata bahawa kumpulan kerja peringkat tinggi akan dibentuk bagi mengkaji dan membincangkan hal undang-undang dan operasi berkenaan isu sempadan. 

Namun, sehari selepas perbincangan tersebut, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian telah melawat sebuah kapal kerajaan Malaysia yang berlabuh di perairan wilayah Singapura di Tuas dan memuatnaikkan gambar tersebut di laman Facebooknya. 

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.