Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Vivian bincang isu di Rakhine dengan Aung San Suu Kyi

Sep 16, 2017 | 02:00 PM

MENTERI Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan semalam melawat ibu kota Myanmar, Naypyitaw, dan bertemu dengan pemimpin negara itu, Cik Aung San Suu Kyi.

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini, kededua pemimpin membincangkan isu di Rakhine dan bagaimana Asean dapat menyokong Myanmar dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada semua masyarakat yang terjejas.

Dr Balakrishnan dalam rangka lawatan dua hari ke Myanmar.

Dalam Facebooknya, beliau mencatatkan yang beliau telah “mengadakan perbincangan mesra dan terbuka” dengan Cik Suu Kyi,

Sebelum ini, pemerintah Singapura telah menggesa agar semua pihak yang terlibat dalam keganasan di wilayah itu agar mengelakkan mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Hampir 400,000 Muslim Rohingya dari barat Myanmar telah menyeberang ke negara jiran Bangladesh sejak 25 Ogos ekoran keganasan yang tercetus.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyifatkan keganasan yang berlaku sebagai “contoh tepat penghapusan kaum”.

Pemimpin Islam dan Buddha di Singapura juga telah melahirkan keprihatinan mereka atas keganasan yang berterusan di Rakhine.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >