Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Vivian: Dasar SDP akan jadikan S'pura seperti Greece

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Vivian: Dasar SDP akan jadikan S'pura seperti Greece

Sep 01, 2015 | 07:46 PM

CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Holland-Bukit Timah, Dr Vivian Balakrishnan, telah memulakan kempen menentang Parti Demokratik Singapura (SDP) dengan menyatakan bahawa dasar-dasar SDP akan membawa Singapura ke arah nasib seperti Greece.

Bercakap dalam sidang akhbar petang tadi, Selasa (1 September), Dr Balakrishnan berkata pasukannya akan membuktikan dalam tempoh sembilan hari ini bahawa SDP telah meniru preskripsi yang telah gagal di negara lain.

SDP telah menyarankan beberapa dasar ekonomi, termasuk memperkenalkan gaji minimum, meningkatkan cukai pendapatan peribadi golongan berpendapatan 1 peratus teratas dan menaikkan perbelanjaan sosial.

Dr Balakrishnan berkata: "SDP akan membawa kita ke jalan menuju ke Greece, dan adalah menjadi tanggungjawab pasukan saya untuk menyedarkan rakyat Singapura bahaya preskripsi dasar-dasar seperti itu."

Selain beliau, pasukan PAP-nya turut dianggotai Menteri Negara Sim Ann, 40 tahun, pengarah urusan Bank DBS Liang Eng Hwa, 51 tahun dan peguam Christopher De Souza, 39 tahun.

Mereka akan ditentang oleh pasukan SDP yang terdiri daripada ketua parti Chee Soon Juan, 53 tahun, auditor Sidek Mallek, 55 tahun, pentadbir jagaan kesihatan Chong Wai Fung, 45 tahun, dan profesor Universiti Nasional Singapura (NUS) Paul Tambyah, 50 tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3