Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN EHWAL LUAR

Vivian: Diplomasi SG berasaskan prinsip, keputusan berdasarkan kepentingan nasional

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



NEGARA-NEGARA kecil mesti terus menyokong sebuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lebih kukuh dan sebuah sistem yang dipersetujui pelbagai negara.



Berkata demikian, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata ini bagi memastikan keadilan bagi semua selain mengambil kira kepentingan setiap negara dalam landskap ketegangan geopolitik semasa.



Dr Balakrishnan menambah bahawa Singapura akan terus bekerjasama dengan kedua-dua Amerika Syarikat dan China melalui diplomasi berasaskan prinsip asas, namun negara ini akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan nasionalnya.



Bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Ehwal Luar (MFA) di Parlimen semalam, Dr Balakrishnan berkata Singapura telah melakukan segala usaha untuk memperkukuh aturan pelbagai hala berasaskan peraturan yang menyediakan negara ini sebuah platform bagi melindungi kepentingannya.



Contohnya, Singapura bekerjasama dengan kumpulan negara merentas wilayah untuk menubuhkan Forum Negara Kecil (FOSS), yang merai ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini.



Dengan nasib semua negara dan rakyat kini semakin saling bergantung pada satu sama lain, Dr Balakrishnan berkata negara kecil seperti Singapura menghargai sebuah sistem di mana negara berdaulat - tidak kira saiz - mempunyai hak saksama, tidak tertakluk pada "peraturan hutan di mana kekuasaan adalah betul" atau dipaksa memilih antara kuasa besar.



"Malah, usaha pelbagai hala dan integrasi ekonomi telah menjadi formula bagi keamanan dan kemakmuran bagi berdekad lama sejak Perang Dunia (kedua) terakhir, dan terutamanya penting bagi negara kecil seperti kita," kata beliau.



Mengenai persaingan sengit antara Amerika dan China, Dr Balakrishnan berkata meskipun isu perdagangan dan ekonomi boleh dirunding dan tolak ansur boleh ditemui, perselisihan dari segi moral dan ideologi mengenai isu seperti hak asasi manusia atau sistem politik "dengan cepat membawa kepada kebuntuan di mana tiada kompromi dapat dicapai".



Beliau berkata kedua-dua negara itu perlu membetulkan semula sikap mereka, melaksana kesepakatan sementara baru (modus vivendi) dan mengurangkan persaingan campur-tolak.



Oleh itu, Singapura mengalu-alukan usaha Amerika dan China mendekati satu sama lain di peringkat tertinggi, dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim dan era digital.



Dr Balakrishnan berkata Singapura menikmati hubungan kukuh dan mempunyai tahap kepercayaan tinggi dengan Amerika dan China, dan adalah demi kepentingan negara ini untuk terus memupuk hubungan lebih kukuh bersama kedua-dua negara itu bagi jangka panjang, tanpa menyebelahi mana-mana pihak.



"Kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan nasional jangka panjang kita, dan kita menyatakan dengan jelas kepada kedua-duanya bahawa kita tidak akan menjadi proksi, negara lindungan atau boneka mana-mana pihak," kata beliau.




"Kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan nasional jangka panjang kita, dan kita menyatakan dengan jelas kepada kedua-duanya bahawa kita tidak akan menjadi proksi, negara lindungan atau boneka mana-mana pihak. Kita tidak lari daripada membela diri sendiri dan bertentangan pendapat dalam isu, apabila perlu; dan kita tidak mempunyai kenikmatan untuk menyatakan perkara berbeza kepada rakan yang berlainan. Singapura berusaha untuk terus terang, konsisten dan boleh dipercayai."
- Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >